Monday, April 20, 2015

Korea Spring Trip | 28 March 2015 - 4 April 2015 | Budget and Preparation

Salam. Hai semua.

Baru je balik dari Korea, so sementara ingatan masih fresh aku pun bercadang untuk menulis di dalam blog aku ni. By the way aku telah privatekan blog aku ni lepas post terakhir aku tentang pendakian Gunung Kinabalu disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. 

Trip aku ke Korea ni bukanlah dalam planning aku sebenarnya and I never tell to anyone that I want to go to Korea. Tapi disebabkan dah ada orang ajak and I really want to travel, aku pun bercadang untuk join trip ke Korea ni. Nadhirah la yang telah meracuni aku untuk join this trip. Trip aku ke Korea ni bukan lah trip bertiga seperti trip-trip aku sebelum ni, tapi kali ni aku telah pergi seramai 6 orang termasuklah aku. Unfortunately, my twin cannot join this trip and it's kind of sad because she did have the budget but, due to work and time she cannot join this trip. But we did plan for another trip insyaAllah this year to Iceland.

Macam biasa, tiket flight memang beli awal-awal sejak dari tahun lepas lagi masa AirAsia buat promotion. Tapi promotion pun tak der la aku dapat murah mana pun. Return ticket from KLIA2 to Incheon Airport semua sekali RM 703.00. Lepas tu aku booked seat sebab nak dok menyembang ngan Nad, kena la tambah another RM 78.00 and aku prebooked meal untuk return tiket dengan harga RM 28.00 (menyesal order, tak sedap pun western food dia). Aku tak prebooked meal untuk flight ke Korea sebab time tu aku dah lambat sangat and dah tak boleh nak prebooked lagi, so aku end up beli makanan dalam flight je. Aku tak beli luggage langsung sebab aku tumpang Nad punya luggage, itupun time balik je. Aku dan Nad bercadang untuk ambil luggage 30Kg dengan harga RM 129. So, aku just share bayar je dengan Nad, which means aku cuma perlu bayar RM 64.50. Disebabkan aku ni bukanlah dok area KL, maka aku pun perlu book another flight from bintulu to KL. Aku ambil flight MAS sebab kebetulan time tu ada promotion. Kat bawah ni aku summarise-kan all the expenses just to fly to and back from Korea:

Tiket flight: RM 703 (KUL-ICN-KUL)
Tiket flight: RM 260 (BTU-KUL-BTU)
Pick A seat: RM 78 (Return)
Meal: RM 28
Luggage: RM 64.50 (Share luggage dengan Nad untuk 30Kg)

Total flight ticket : RM 1124.50


Flight BTU-KUL-BTU

Flight KUL-ICN-KUL

Trip ke Korea ni sebenarnya dicadangkan oleh kawan kepada kawan Nad. So, aku ni just menumpang trip orang. Tapi, tumpang trip orang pun aku request untuk pergi ke Pulau Jeju sebab Nad cakap cantik and lepas aku google semua, memang ternyata sangat cantik. Jadi, aku dan Nad pun request la untuk tambah trip ke sana disamping trip ke Seoul. Disebabkan ni bukan trip aku, aku just request for 2 days in Jeju dan my request had been accepted. Disebabkan aku and Nad yang nak pi Jeju sangat, maka kena la buat itinerary sendiri. Aku pun, tanpa melengahkan masa, google la semua tempat menarik di Jeju, dan ternyata sangat banyak tempat yang cantik sampaikan aku rasa 2 hari tu memang tak cukup (Jeju ni macam kawasan kampung yang ada banyak sangat pemandangan yang cantik and aku pun memang suka tempat-tempat macam tu, so kalau boleh semua tempat aku nak pi). Aku jugak ada tanya pendapat traveller lain dalam group female backpackers mengenai tempat-tempat yang wajib aku singgah semasa berada di Pulau Jeju dan dari situ aku buat itinerary sendiri.

Untuk trip kali ni, yang join adalah kebanyakannya officer dari Sabah. Aku ni memang suka join trip budak-budak dari Sabah ni sebab diorang ni banyak yang tak kahwin lagi and banyak yang suka aktiviti-aktiviti macam ni. So, dalam group aku ni ada Nadhirah, Syafiqah, Farah, Akila and Aziah. Aziah ni la yang sebenarnya mencadangkan trip ke Korea ni dan dia yang buat itinerary di Seoul. By the way, Aziah ni bekerja lebih kurang as travel agent. So, memang kena sangat lah untuk trip kali ni kitorang decide untuk bahagikan itinerary  kepada aku sendiri untuk Pulau Jeju and Aziah totally incharge on itinerary at Seoul.

The first thing  yang aku buat adalah booking tempat tinggal ketika di Jeju. Banyak jugak tempat yang aku jumpa dalam pencarian di google, tapi lepas aku tanya review dari traveller yang pernah pergi ke Jeju, semua orang telah bagi suggestion untuk pilih Yeha Guesthouse. Yeha Guesthouse ni mendapat banyak review yang bagus terutamanya dari traveller yang beragama Islam. Diorang sangat muslim friendly. Jadi, tanpa melengahkan masa, aku pun terus mintak pendapat semua orang dan diorang pun bersetuju dengan guesthouse yang aku cadangkan tu. Yeha Guesthouse ni ada dua branch di Jeju, Terminal and City Hall. Disebabkan aku akan tiba pada lewat malam, jadi aku pun pilih Terminal Branch.

Yeha Guesthouse ni ada banyak jenis bilik untuk kesesuaian masing-masing. Disebabkan kami berenam, maka aku pun booked dorm for 6 person. Dorm kat sini asing lelaki dan perempuan, so korang jangan la risau kalau nak jimat duit and bercadang nak stay in dorm instead of normal room.
Harga untuk 1 person in 6 bed dorm adalah 19 000 KRW. Harga ni termasuk dengan breakfast. Aku bernasib baik sebab aku dapat book kami kesemua 6 orang di dalam satu bilik untuk 3 malam. Yay! So, total yang perlu dibayar adalah 342 000 KRW atau lebih kurang RM 1178.40. Time booking korang kena bayar deposit sebanyak 90 000 KRW. Korang boleh bayar pakai kad kredit, kad debit aku tak pasti pulak. Guesthouse ni jugak menyediakan airport transfer, so after korang dah booking korang boleh send message through website diorang untuk request Airport transfer. Airport transfer ni cuma dari airport ke Guesthouse saja. So, kalau time korang nak balik, korang boleh mintak diorang call teksi untuk ke airport.

Total Guesthouse per person (Jeju) : RM 196.40 (For 3 nights)


Yeha Guesthouse reservation

After dah settle bab penginapan, kena settle bab kenderaan pulak. Kalau korang pergi Jeju, situ tak der Subway macam kat Seoul. So, choice yang korang ada cuma naik bas, sewa kereta atau sewa tour Guide. Bas tu memang dah out dari list aku awal-awal lagi sebab kalau naik bas ni memang susah bagi aku, nak kena tunggu lagi and tak dapat nak pergi banyak tempat. At first, aku bercadang untuk book tour guide termasuk sekali dengan transportation. Aku dapat satu contact number ni dari member group female backpackers yang mengatakan guide ni sangat bagus dan pandai ambil gambar. Nama dia Kim Ki Hyung. Korang boleh contact dia by email or by whatsapp, tapi kalau pakai email memang lambat la di reply. So, aku decide untuk contact dia through whatsapp ja. Malangnya, tarikh yang aku pilih tu, dia pulak tak available, so dia bagi number kawan dia and aku pun contact kawan dia and mintak quotation. Bagi aku, quotation harga yang dia bagi untuk 2 hari tour sangat mahal. Harga yang dia letak adalah 400 000 KRW and tak boleh nak nego lagi and tour dia start dari pukul 8.00 am sampai pukul 6.00 pm je. Time tu, aku pikir, dah la banyak tempat aku nak p, memang tak sempat kalau sampai pukul 6 je. Jadi, aku pun tanya pendapat semua orang and semua orang pun rasa harga tu terlampau mahal.

Selepas fikir banyak kali, and tanya pendapat member Female Backpacker aku pun bercadang untuk try survey harga kereta sewa. Kat Jeju, banyak tempat kereta sewa tapi yang paling mendapat banyak review bagus adalah KT KUMHO . Jadi, aku pun survey la harga kat website dia. Harga dalam website dia memang mahal, tapi kalau korang jadi member, korang akan dapat discount sangat murah, discount rate dia sampai 70%!! Aku pun, apa lagi, terus la jadi member dia. Membership is free of charge! Bila korang nak isi form membership tu, korang kena ada passport sebab dia akan mintak korang isi nombor passport korang and satu lagi, korang kena ada International Driving Permit (IDP).

Aku tau ramai yang dah pernah pergi oversea and  tak pernah apply IDP ni. Ada sesetengah negara memang tak perlu apply IDP, tapi untuk Korea Selatan, korang kena apply IDP ni kat JPJ. Kalau korang tak der IDP ni, tak dapat la korang nak sewa kereta kat sana sebab kaunter tempat kereta sewa tu akan mintak korang punya IDP masa korang nak pick-up kereta.  Nak apply IDP ni senang je, korang bawak 2 keping gambar, salinan kad pengenalan and salinan lesen, pergi kaunter JPJ dan cakap nak buat IDP. Diorang akan bagi borang, korang isi borang dan bayar RM 150, tunggu sekejap, then dah siap. Boleh la korang drive kat mana je korang nak drive. RM 150 tu cuma untuk setahun.

International Driving Permit: RM 150

International Driving Permit


Dah settle bab IDP, aku pun terus la jadi member KT KUMHO ni sebab nak dapat diskaun. Aku ingatkan boleh la aku booking awal, malangnya paling awal korang boleh booking kereta kat website dia adalah 30 hari dari hari korang nak guna. Jadi, terpaksa la aku tunggu 30 hari sebelum trip aku, then baru la aku dapat book. Disebabkan kami ni ramai, maka aku pun telah booked kereta jenis MPV keluaran Chevrolet iaitu Chevrolet Orlando. Aku booking kereta tu dari tarikh 28/3/2015 (21:10) dan pulangkan pada tarikh 30/3/2015 (21:10). Harga yang aku kena bayar untuk kereta sewa cuma 136 800 KRW ataupun lebih kurang RM 474. Harga ni termasuk dengan English Navigation dan Collision Damage Waiver (sebab aku takut jadi apa-apa time drive, jadi better ambil je). Untuk kereta sewa ni, cuma RM 79.00 je setiap orang kena bayar. Korang just book kat website dia, print out reservation dan bayaran cuma perlu dibuat masa korang ambil kereta. Bayaran adalah dengan menggunakan kad kredit. Aku tak pasti sama ada korang boleh bayar cash atau pakai debit card. 

Kereta Sewa di Jeju: RM 79.00

KT KUMHO car rental reservation


Dok cerita pasal kereta and penginapan kat Jeju, aku terlupa pulak nak bagitau pasal transportation ke Jeju. Untuk ke Jeju, korang boleh la ambil flight dan ada beberapa flight yang menawarkan penerbangan ke Jeju, antaranya Korean Air, Star Jet, Jeju Air, T-way dan banyak lagi. Boleh la korang google sendiri. Kalau korang ambil Korean Air, korang boleh terbang terus dari Incheon Airport, tapi harga dia tak yah cakap la, memang mahal. Bagi menjimatkan duit, kitorang telah memilih flight yang paling murah iaitu Jeju Air, tapi korang kena pergi ke Gimpo Airport untuk naik penerbangan bersama Jeju Air ni. Jadi, aku cadangkan, korang jarakkan waktu ketika korang touchdown kat Incheon and korang punya next flight to Jeju sebab Gimpo Airport tu agak jauh dari Incheon Airport.

Korang boleh booking tiket online melalui laman web dia yang sudah aku link kan kat atas tu. Terpulang pada korang la nak naik flight apa pun, tapi time aku tu, Jeju Air saja yang offer price paling murah. Aku booking sekali untuk Nad and Syafiqah. Harga tiket flight yang paling murah aku dapat time tu adalah 72 800 KRW ataupun lebih kurang RM 225.24 seorang. Flight Jeju air ni adalah domestic flight and time untuk check in adalah 24 jam hingga 1 jam sebelum penerbangan. Kalau korang jadi member, korang bleh check in through diorang punya website, tapi disebabkan aku malas nak jadi member, maka aku pun bercadang untuk check in kat airport je nanti.

Return flight ke Jeju: RM 225.24 per person


Flight Gimpo-Jeju-Gimpo


Dah settle bab transport and penginapan, maka aku pun buat itinerary untuk 2 hari di Jeju untuk nak kira budget sepanjang di sana. Bab penginapan dan transportation di seoul, semuanya aku serahkan kat Aziah sebab dia yang incharge itinerary ketika di Seoul. Ketika di Seoul, Aziah telah memilih Star Hostel sebagai penginapan kitorang selama 4 malam. Aziah telah booked 2 bilik yang satunya boleh memuatkan 4 orang and satu lagi 2 orang. Aku pilih untuk bilik 2 orang sekali dengan Nad. Untuk bilik di Seoul, kos penginapan untuk 5 hari adalah sebanyak RM 258.02 per person.

Star Hostel Seoul: RM 258.02 per person

Ini adalah budget yang memang kena prepare and aku bayar before aku berangkat ke seoul. Untuk guesthouse kat jeju tu, aku cuma bayar deposit je dulu kat Malaysia and the rest aku bayar time check in sama jugak dengan kereta sewa, full payment ketika receive kereta. Tapi apa-apa pun aku bagi korang anggaran bajet yang 'wajib' dibayar selama aku seminggu di korea. Untuk kos makan, transport di Seoul, souvenirs, parking fee, minyak kereta and entrance fee semua aku akan ceritakan dalam post aku yang seterusnya. Sebelum aku berangkat ke Korea, aku tukar duit aku dua kali. Yang first aku tukar tu, rate dia tinggi, sikit je aku dapat. At first aku tukar RM 2484.00 dengan rate 3.45, so aku dapat 720 000 KRW. Pada mulanya aku bercadang nak tukar RM 4000, tapi Nad cakap banyak sangat, jadi aku tukar around RM 3000 ja. Another RM 499.81 aku mintak Nad tukarkan kat Sabah dengan rate 3.31. Aku dapat 151 000 KRW. Jadi, total semua yang aku tukar adalah sebanyak RM 2983. 81 dan aku dapat sebanyak 871 000 KRW.  Ni ja total cash yang aku bawak untuk trip aku ke Korea. Tapi, at the same time aku ada bawak kad kredit sebab aku ada kena settelekan payment kat Jeju dengan menggunakan kad kredit. Sesetengah Bank, korang kena activate untuk international transaction, begitu jugak la dengan Kad kredit aku. Jadi, kalau korang tak sure korang punya kad kredit boleh straight away pakai untuk international transaction, better korang call number kat belakang Kad kredit korang before korang berlepas ke luar negara, nanti dah sampai sana tak dapat pulak nak digunakan.

Money changer: RM 2983.81 / 871 000 KRW

Kat bawah ni aku total up kan semua expenses before aku berangkat ke korea:

Total flight ticket : RM 1124.50
Total Guesthouse per person (Jeju) : RM 196.40 (For 3 nights)
Star Hostel Seoul: RM 258.02 per person (For 4 nights)
International Driving Permit: RM 150
Kereta Sewa di Jeju: RM 79.00
Return flight ke Jeju: RM 225.24 per person
Money changer: RM 2983.81 / 871 000 KRW

Total: RM 5016.97

Ini adalah total budget aku untuk trip ke Korea, tapi aku tak guna semua cash money aku sepanjang aku kat Korea. Nanti dalam post aku yang terakhir pasal Korea ni, aku akan bagitau lebih details mengenai perbelanjaan aku kat sana. Untuk itinerary kat Jeju and seoul, aku akan paparkan dalam post aku yang berikutnya, so, stay tuned!

Bye!

Monday, October 6, 2014

Journey to the Low's Peak Mount Kinabalu: Laban Rata (Gunting Lagadan Hut) to Low's Peak

Salam. Hai semua.

Hari ni aku nak sambung cerita aku mengenai pendakian aku selama 2 hari 1 malam di gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu. Dalam post aku yang sebelum ni aku dah ceritakan kisah penat lelah macam mana aku boleh sampai ke Laban Rata. Kalau belum baca, boleh klik link kat bawah ni dulu before korang baca post aku yang terbaru ni. 

Journey to the Low's Peak Mount Kinabalu: Timpohon Gate to Laban Rata (Gunting Lagadan Hut)

Pemandangan sekitar Gunting Lagadan Hut
Di Gunting Lagadan Hut, kitorang telah menyewa 2 dorm yang mana satunya boleh memuatkan 8 orang dan satu lagi boleh memuatkan 4 orang. Oleh sebab dalam group kitorang ada 10 orang, maka kami pun decide untuk divide setiap orang ke dalam setiap dorm dan memandangkan dalam group kitorang ada lelaki, kitorang decide untuk beri bilik yang 4 orang kepada Karen, Kak Fatimah, Maya dan Sya, manakala yang bilik lagi satu untuk aku, Atiq, Nadj, Naufal, Ammar dan Lina. Pada mulanya kami ingat, memang dua dua bilik tu adalah kitorang punya, tetapi rupa rupanya tak. Bilik yang boleh memuatkan 4 orang tu rupanya perlu dikongsi bersama satu pasangan korea. Kiranya, 2 orang dari bilik yang 4 orang tu kena berpindah ke dorm yang boleh memuatkan 8 orang. Kak Fatimah dan Sya telak mengambil keputusan untuk pindah ke bilik kitorang, meninggalkan Karen dan Maya di bilik satu lagi. Akan tetapi pasangan korea ini agak tidak berpuas hati dan menganggap bahawa bilik itu disewa hanya untuk mereka berdua. Sebenarnya, semua bilik kat situ memang sharing, so korang kena la terima seadanya, lagipun bukannya korang nak stay berhari hari pun kat situ. Aku pun tak sure apa yang terjadi selepas tu di bilik yang satu lagi.

Pemandangan di dalam Gunting Lagadan Hut
Sesampainya aku di Gunting Lagadan Hut, aku pun terus tukar baju sebab aku nak solat. Seperti yang aku mention sebelum ni, Gunting Lagadan Hut tu memang tak der heater dan tiada water heater. Kalau tak silap aku, suhu pada hari tersebut lebih kurang 20 darjah celcius.  Kerana sangat sejuk, aku tak mandi pun, aku cuma tukar baju untuk dipakai untuk pendakian pada keeseokkan harinya. Korang tak payah la bawak baju asing untuk dijadikan baju tidur sebab kalau korang nak tidur pun sekejap je and kalau bawak banyak baju, hanya memberatkan beg korang. Korang pakai je baju untuk mendaki keesokkan pagi tu sebagai baju tidur korang. Trust me, time tu tak der orang kisah pun korang dah mandi ke, pakai baju apa ke... So, jangan menyusahkan diri korang dengan membawa banyak barang.

Dorm yang boleh memuatkan 4 orang pendaki (Gambar ehsan Google)
Dapur di Gunting Lagadan Hut ((Gambar ehsan Google)
Petang tu aku mengenakan seluar trekking, long john, baju jersey tangan pendek, windbreaker jogging dan windbreaker northface. Total baju yang aku pakai adalah 4 helai dan seriously, itupun masih sejuk! Aku just amik air sembahyang dan selepas selesai solat maghrib dan isya' kitorang pun bercadang untuk tidur. Semasa tidur, aku pakai stoking, selimut tapi masih sejukkkkkk, kalau gerak sikit je badan, memang rasa kesejukannya sampai tulang. Bagi memudahkan untuk tidur, aku makan ubat tahan muntah dan panadol (nak mengelakkan demam pada keeseokkan pagi). Aku ingatkan aku dapat tidur, tapi cuma tidur tidur ayam je. Lina pun tak dapat tidur sebab aku dok dengar dia dok menyembang dengan Ammar dan dok main phone. Malam tu memang awal kami "tidur" sebab kononnya nak bagi ada tenaga keesokkan pagi, tapi sebenarnya semua orang dalam dorm tu tak dapat tidur. Kitorang just baring dan tak cakap apa apa. Time aku tengah cuba nak tidur tu perut aku bunyi sebab lapar dan time tu jugak aku ada palpitation. Aku jugak boleh dengar Nadj pun cakap dia lapar. Conclusionnya, semua orang pun tak tidur tapi cuma buat buat tidur..hahaha...

Disebabkan malam tu aku sangat lapar, aku pun makan la coklat kitkat bagi menampung perut. Sangat sejuk sampaikan aku makan dalam selimut! After dh kenyang, aku ingat dapat tidur, tapi still tak dapat, maka aku pun just baring menunggu masa untuk mendaki keesokkan pagi.

Hari Kedua Pendakian (30th September 2014, Selasa)

Pendakian ke summit telah ditetapkan pada jam 2.20 pagi oleh kitorang punya tour guide. Nadj bagitau, kalau korang punya tour guide nak lengah-lengahkan waktu, jangan biarkan sebab takut nanti korang sampai lambat kat atas sana. Korang mesti sampai di Sayat-Sayat checkpoint sebelum pukul 5 pagi kerana pada ketika itu, keadaan akan agak berkabus. Sebenanrnya, timing  dia tak der la ditetapkan mesti 5 pagi, tapi mungkin cuma untuk mengelakkan perjalanan dikaburi dengan kabus yang akan menyebabkan penglihatan kurang jelas. Jadi, semakin cepat korang jalan, semakin bagus sebab korang boleh  stay lama kat atas tu. Dalam pukul 1.30 pagi, kitorang semua pun bangun untuk bersiap siap. Apabila semua orang dah bangun baru la dengar suara yang sebenarnya semua orang pun tak boleh tidur. 

Pagi tu aku cuma gosok gigi dan basuh muka dengan air kosong. Sebelum supper aku pakai dulu neck scarf dan sediakan headlamp. Untuk pendakian ke summit, sebenarnya tour guide tidak membenarkan kitorang membawa trekking pole sebab kebanyakan jalan akan menggunakan tali. Tapi disebabkan kitorang risau, kitorang bawak jugak. Pagi tu kitorang cuma makan roti dengan jem wild blueberries dan aku hanya makan sekeping ja, tu pun tak habis. Mungkin sebab aku cuak sangat sampai tak lalu makan. Roti tu Kak Fatimah yang bekalkan dari Laban Rata Restaurant pada sebeleh petang semalam. Disebabkan keadaan yang sangat sejuk kat Gunting Lagadan Hut tu, roti tu pun jadi keras, dan tak sedap. Tapi, walaupun tak sedap, korang terpaksa jugak makan sebab kalau tak nanti sepanjang pendakian akan lapar.

Dalam waterbag aku untuk pendakian kali kedua ni, aku bawak  wollen glove, trekking pole, raincoat, air mineral 500ml, coklat kitkat dan Nestle Crunch.  Untuk pendakian ke summit, aku pakai waterproof glove sebab takut hujan dan ketika pendakian ni, korang akan banyak pegang tali untuk mendaki, jadi woolen glove agak tidak sesuai. Aku bawak jugak woolen  glove tu sebab aku nak pakai bila aku nak amik gambar... hahaha... Waterproof glove aku tak boleh touch screen. Kalau korang nak beli waterproof glove, dekat Laban Rata, diorang ada jual glove yang orang dok berkebun tu. Glove tu pun agak bagus sebab dia getah dan dapat grip tali dengan baik ketika mendaki. Setelah aku mendaki ke summit aku boleh katakan yang apa yang paling penting adalah kasut dengan cengkaman yang bagus dan sarung tangan yang dapat pegang tali tanpa slip. Dua benda ni sangat penting sebab keadaan selepas Sayat-sayat checkpoint tu sangat curam.


Group Photo sebelum memulakan pendakian ke Summit

Lepas dah makan semua, dalam pukul 2.20 pagi, kami pun bertolak keluar dari tempat penginapan kami ke pintu pagar untuk permulaan pendakian ke puncak Kinabalu. Untuk sampai ke Sayat-sayat check point, perjalanan lebih kurang dalam 1 km dari Laban Rata. Disebabkan tempat tinggal kitorang ni 100 meter ke depan dari Laban Rata, maka jaraknya cuma lebih kurang 900 meter. Bagi pendaki-pendaki yang menginap di Laban Rata Resthouse, mereka perlu la mendaki dalam jarak 1 km. So, kebanyakan pendaki dari Laban Rata bergerak lebih awal dan kebanyakkan dari mereka adalah mat saleh.

Sebelum memulakan pendakian di hari kedua, Encik Abdul memberi sedikit taklimat tentang keselamatan yang perlu dititikberatkan sepanjang pendakian kerana pendakian pada hari kedua ini lebih mencabar dan track yang lebih banyak menggunakan tali. Beliau membenarkan kitorang menggunakan tongkat kitorang sehingga 750 meter pertama kerana selepas itu, pendakian perlu menggunakan tali yang disediakan. Encik Abdul jugak bagitau kat kitorang, jika hujan di Sayat-sayat checkpoint, maka pendakian perlu dihentikan dan kitorang perlu turun semula ke Laban Rata. Ini adalah kerana, apabila hujan, air akan mengalir sepertia air terjun di track menuju ke Sayat-sayat dan keadaan itu adalah berbahaya kepada pendaki (Nasihat aku, kalau korang nak naik gunung, pilih la tarikh yang tidak hujan seperti pertengahan tahun, sebab kalau hujan lebat, memang korang takkan dapat naik sampai atas dan korang punya duit tidak akan dipulangkan).

Time tu dalam kepala otak aku, dok doa supaya tak hujan sebab ni kan pendakian kali pertama aku and mestila aku nak sampai atas kan? Lagipun kitorang dah bayar beratus, takkan nak sampai Sayat-sayat je. Tapi ingat, jika hujan ikut la cakap guide korang sebab ini semua untuk keselamatan kita jugak.

Pendakian sejauh 750 meter berjalan dengan lancar bagi aku, tidak terlalu penat dan tidak terlalu lama berehat. Tapi, lepas je 750 meter, kitorang kena simpan tongkat sebab track yang mempunyai tali tak jauh lagi di depan. Sampai tahap ni, aku memang dah tak larat dan aku banyak berhenti. Tapi, alhamdulillah aku berjaya sampai di Sayat-sayat checkpoint lebih kurang selepas sejam pendakian. 


Bergambar dengan Kak Fatimah dan Naufal sebelum sampai di Sayat-sayat Checkpoint (Gambar ehsan Kak Fatimah)

Bila sampai kat checkpoint ni, kitorang kena lapor diri kat guard dengan menunjuk tag nama yang telah diberi di awal pendakian. Lepas dah lapor diri semua, aku pun duduk sambil melunjur kaki kat situ. Aku sangat penat, lapar dan kepala aku dah mula pening. Aku memang tak ambik ubat tahan muntah pagi tu sebab aku takut aku mengantuk. Disebabkan lapar, aku pun amik la coklat crunch dari beg aku untuk makan, tapi disebabkan aku pakai glove, memang susah aku nak bukan plastik coklat tu. Aku memang sedaya upaya tak mau bukak glove aku sebab sangat sejuk, jadi aku pun suruh la guard kat Sayat-sayat tu untuk bukakkan untuk aku. Lepas dah makan semua, aku pun meneruskan perjalanan.


Sayat-sayat Chekpoint ((Gambar ehsan Google)

Selepas Sayat-sayat checkpoint kebanyakan track adalah bertali. Maknanya korang perlu mendaki dengan menggunakan tali. Ketika ni la kasut dan glove  yang bagus diperlukan bagi mengelakkan korang terslip ketika mendaki. Keadaan permukaan gunung yang curam menyebabkan banyak tenaga perlu digunakan untuk mendaki terutamanya kekuatan tangan. KM 7 ke KM 8 adalah jarak yang paling jauh pernah aku rasa seumur hidup aku. Nak sampai KM 8 ja memakan masa berjam dan aku kalau boleh memang nak berehat setiap masa, jumpa je port/batu yang sesuai, aku pun duduk dan berehat. Aku ambil masa selama yang mungkin untuk berehat sebab time tu aku punya altitude sickness dah semakin teruk. Kalau boleh aku nak muntah je kat situ.

Lebih kurang beberapa ratus meter jer lagi untuk sampai di KM 8, aku punya altitude sickness semakin teruk. Apa yang aku risau adalah aku tak boleh nak balance kaki aku ketika mendaki. Jadi, lagi sekali aku duduk dan berehat di sebuah batu besar kat atas gunung tu. Disebabkan terlampau penat (seriously time tu aku memang sangat penat. Dalam kepala aku ni memang nak give up ), aku pun bersandar kat batu besar tu and cuba untuk tidur. Ye, aku memang mengantuk. Jadi aku duduk sesorang kat situ dalam keletihan dan aku memang dah tak mau panjat lagi bila sampai stage tu. Bila korang ada altitude sickness dalam fikiran korang time tu adalah untuk stop semua benda yang korang tengah buat dan rasa nak baring saja supaya rasa pening dan nak muntah tu hilang.

Lama jugak aku duduk kat situ sebab memang kalau boleh aku dah tak nak naik sampai Low's Peak tu. Tengah aku duduk sambil menundukkan kepala kat bawah, ada sorang lelaki datang kat aku dan bertanya, 

"Kamu okay ke?", 

Aku pun jawab,  "saya pening and nak muntah, saya dah tak larat nak naik atas lagi"

Rupa-rupanya lelaki tu adalah orang yang aku jumpa time mula - mula aku mendaki ke Laban Rata, yang aku mention sebelum ni dalam post aku yang dia ni boleh dikatakan tiap tiap minggu naik gunung. (Somehow, aku tak tanya pun apa nama dia)

Dia pun membalas "Awak ni dah kena altitude sickness, mana awak punya guide?"

"Guide saya masih kat belakang", Jawab aku.

Lelaki itu pun membalas kembali, "Kamu masih nak teruskan? Kalau tak mampu, saya boleh bawak kamu turun ke Sayat-sayat"

Time aku tengah berusaha dok meyakinkan otak aku yang aku tak mau turun balik, tetiba ada satu suara muncul di dalam kegelapan pagi tu. Rupa-rupanya suara tu adalah Nadj.

Nadj terkejut apabila melihat orang yang tengah duduk tertunduk tu adalah aku dan dia pun berkata,


"Eh, Afiq?!"

Aku membalas, "Aku dah tak larat, korang pergi la naik kat atas tu"

Ketika tu jugak, muncul Atiq yang jugak sedang berusaha untuk naik sampai ke atas dengan muka yang aku tengok pun macam nak give up...hahaha... Atiq pun cakap kat aku lebih kurang macam ni,

"Wei, takkan ang nak stop sikit lagi nak sampai, jalan pelan pelan...jom" (Aku pun tak ingat apa dia cakap sebenarnya..hahaha...tapi lebih kurang macam tu la ayat dia)

Atas sokongan dan dorongan dari Nadj dan Atiq, maka aku pun bangun untuk meneruskan perjalanan. Sebelum aku menyambung perjalanan, lelaki tersebut telah memberi aku gula-gula halls. Aku ni dengan pening, nak muntah semua sampai tak boleh nak bukak wraping gula-gula halls tu, jadi aku pun mintak lelaki tu tolong bukakkan. 

Aku meneruskan perjalanan aku ke Low's Peak diiringi oleh Nadj yang memimpin tangan kiri aku dan lelaki tersebut memegang satu hujung trekking pole aku dan aku memegang satu lagi hujung dengan tangan kanan aku. Sepanjang perjalanan aku dari Gunting Lagadan Hut aku memakai neck scarf bagi mengelakkan kesejukan dibahagian leher dan untuk menutup hidung serta mulut aku. Tetapi, aku dapati dengan menutup hidung dan mulut, pernafasan semakin sukar, dan aku semakin penat. Jadi aku memang tak tutup hidung dan mulut aku. Satu lagi yang aku sedar adalah, apabila aku menarik nafas menggunakan mulut dan menghembus juga menggunakan mulut, aku still rasa pening dan nak muntah, akan tetapi kalau aku menarik nafas menggunakan hidung dan melepaskannya menggunakan mulut, pening tu semakin berkurang. Jadi selepas tu, memang aku tarik nafas sedalam dalamnya menggunakan hidung dan melepaskan sekuat hati menggunakan mulut (Korang bernafas lah sekuat hati korang sebab tak dak sapa pun ambil kisah, yang penting korang okay).

Kat KM 8 ni korang boleh nampak South's Peak yang sangat popular kalau korang search pasal Gunung Kinabalu. South's Peak ni adalah peak yang ada pada duit seringgit dan pada aku tempat yang paling cantik untuk ambil gambar. Apabila aku dah sampai kat KM 8 ni, lelaki yang menolong aku tu pun beransur pergi ke depan untuk menolong geng-geng penjara yang jugak agak struggle untuk naik ke atas. Time ni, Nadj berada di belakang aku sebab dia dah agak penat. Aku masih ingat, ada sorang daripada geng penjara Sandakan ni cakap,

"Time ni dah tak der nak control macho lagi"

Hahaha...memang lawak geng penjara ni, ada sorang kawan diorang pakai seluar hujan, tapi siap terkoyak besar lagi, tapi dia dah tak peduli sebab dia pun time tu penat jugak and siap tour guide dok tolak dari belakang.


Gambar sekitar KM 8 menujuk ke Low's Peak

Gambar sekitar KM 8 menujuk ke Low's Peak

The popular South's Peak (Gambar ehsan Atiq)

Gambar sekitar KM 8 menujuk ke Low's Peak (Gambar ehsan Kak Fatimah)

Gambar sekitar KM 8 menujuk ke Low's Peak (Gambar ehsan Kak Fatimah)

Gambar sekitar KM 8 menujuk ke Low's Peak (Geng Penjara Sandakan)

Gambar sekitar KM 8 menujuk ke Low's Peak (Geng Penjara Sandakan)

Gambar sekitar KM 8 menujuk ke Low's Peak

Gambar sekitar KM 8 menujuk ke Low's Peak (Sunrise)

Sebelum aku mendaki gunung ni, apa yang aku selalu nak tau adalah macam mana untuk solat Subuh dia atas sana. Untuk solat di atas sana, korang boleh la bawak air mineral di dalam botol, ataupun isi air dalam botol spray, ataupun korang boleh ambil air di lopak-lopak air sebagai wudhu' dan itulah yang telah dilakukan oleh Nadj. Disebabkan permukaan gunung tu yang tidak rata, maka korang bolehla sembahyang secara duduk, kerana risau jika sembahyang berdiri, badan tidak stabil dan boleh menyebabkan korang jatuh. Jika korang telah mengambil air sembahyang sebelum memulakan perjalanan dan terbatal semasa perjalanan, apabila korang ingin mengambil wudhu' kali ke-2, maka korang tidak perlu membuka kasut, cuma menyapu air di atas permukaan kasut. Ini adalah jawapan yang diberikan oleh adik aku, Naufal (sebab dia ni banyak dok keluar jemaah, jadi dia la ustaz kami). Syarat untuk menyapu air di atas permukaan kasut adalah, korang mesti mengambil air sembahyang terlebih dahulu, dan jika batal maka baru lah boleh berbuat demikian.

Jadi, selepas KM 8, aku berusaha jugak untuk meneruskan perjalanan ke Low's Peak, dan akhirnya pada jam 7.30 pagi aku selamat sampai di atas sana!! Selama ni, aku ada la jugak dok tengok gambar orang yang mendaki sebelum ni, kenapa diorang dok ambik gambar kat tempat yang tak dak pemandangan cantik, rupa-rupanya itulah Low's Peak. Nama Low's Peak itu diberi sempena nama sempena seorang British Colonial Administrator and Naturalist, Sir Hugh Low who made the first documented ascent of Mount Kinabalu in 1851 (Sumber Wikipedia).  Low’s Peak juga merupakan the highest peak of Mount Kinabalu (sumber Wikipedia).


Gambar Low's Peak dari bawah (Gambar ehsan ahli dalam group)

Gambar track ke Low's Peak (Gambar ehsan Sya)

Gambar dari Low's Peak (Pendaki perempuan yang ada dalam gambar ni adalah berasal dari Ipoh, dan dia datang mendaki seorang diri ditemani oleh seorang guide. Sebelah kiri gambar adalah 2 orang guide kitorang)
Apabila sampai kat atas sana, rasa puas hati dan kepenatan semua hilang. Time tu tak dapat nak bayangkan betapa gembiranya dalam hati ni sebab dapat jugak sampai kat atas tu. Tapi, penat tu memang masih ada dan nak bukak phone untuk ambil gambar pun memang dah malas, tapi kalau tak ambik nanti tak der la plak kenangan kat atas gunung tu kan, so aku ambik la jugak sikit, lepas tu share dengan orang lain. Dalam group kitorang, yang paling awal sampai adalah Kak Fatimah, Naufal dan Maya. Diorang memang sampai time gelap tak nampak apa lagi kat atas tu. Tapi, macam aku cakap sebelum ni, cepat ke lambat ke, yang penting sampai dan yang paling seronok adalah kesemua orang dalam group aku sampai ke puncak. Tahniah semua! Aku memang respect dengan semua ahli dalam group aku sebab semua memang kuat semangat and saling support each other.

Gambar di Low's Peak (Ketika ni, Kak Fatimah dan Maya dan turun ke bawah)


Trip aku untuk kali pertama ni aku telah berjumpa dengan ramai orang yang berfikiran positif dan saling bantu membantu walaupun kami semua tak kenal pun antara satu sama lain dan aku rasa itu lah yang penting sebenarnya. InsyaAllah mungkin aku akan datang ke sini lagi suatu hari nanti (walaupun dalam kepala otak aku time mendaki ke Laban rata, rasa dah malas nak naik, tapi bila dah sampai atas, tengok kecantikan ciptaan Tuhan, aku rasa nak naik lagi, mungkin suatu hari nanti...)

Tahniah kepada semua ahli dalam group aku yang berjaya sampai ke puncak!

Sehingga post aku yang seterusnya mengenai perjalanan turun dari Low's Peak ke Timphon Gate.