Saturday, February 13, 2010

.Selamat Pengantin Baru Teacher.


Hampir 5 tahun aku tak bertemu dengan teacher aku Miss Elyani Khalid. Dia mula mengajar aku sejak aku tingkatan 3. Aku memang sangat rapat dengan dia dan dia banyak bercerita tentang diri dia kat aku. Selepas form 5 aku dah memang tak jumpa dia.

Tapi, pada 13 hb dua, iaitu hari ni, aku pi la kenduri kawin dia yang berlangsung kat kuala kedah. Aku memang nak jumpa dia sangat, so aku balik juga ke perlis even aku ada exam. Aku balik perlis pun semata mata untuk jumpa dia.

Sampai jer kat rumah dia, aku bukan pi makan dulu..tapi aku terus carik pengantin perempuan. Bila aku nampak jer muka teacher aku, aku hepi giler. Tak dapat nak aku ungkapkan betapa gembiranya aku dapat jumpa dia and dapat tengok dia pada hari bahagia dia. Mungkin aku lebih mengetahui apa yang dia lalui selama ni.

Dia sangat terkejut bila nampak aku sedang mengambil gambar dia. Dia siap cakap "Oh my God!"..After that, dia terus datang salam dengan aku and peluk aku. Aku rasa macam nak nangis jer time tu coz terlalu lama aku tak jumpa dia.

Aku harap dia bahagia dengan suaminya sekarang.







0 comments: