Thursday, May 20, 2010

.We Passed!!.

Selepas berhempas pulas study selama 2 minggu dan 2 minggu berikutnya pulak exam, akhirnya hari yang ditunggu tunggu tiba. Hari yang ditunggu ini bertambah gembira apabila aku mendapat tahu bahawa aku dan juga rakan rakan seperjuanganku berjaya dalam semua peperiksaan yang dijalankan. Ini bermakan kami semua akan meneruskan perjuangan mengharungi tahun keempat di Fakulti Pergigian UiTM.

Perasaan gembira apabila mendengar berita gembira itu sukar diungkapkan. Apa yang boleh aku cakap, aku bersyukur di atas nikmat Tuhan yang amat berharga buat diri aku dan sahabat sahabatku. Ada juga sahabatku yang menitiskan air mata kerana terlalu gembira mendengar berita itu.

Aku amat bersyukur kepada atas nikmatNya yang tidak terhingga ini. Jutaan terima kasih kepada semua yang banyak memberi semangat dan mendoakan aku sepanjang aku menduduki peperikasan. Terima kasih buat emak tercinta - Safura Bt Abdullah yang banyak berdoa demi kejayaan aku. Terima kasih kepada rakan rakan aku, nadia burn - yang tak habis habis cakap "ang mesti lulus punya", nur diyana - yang banyak bagi semangat kat aku dan juga kepada semua kawan kawan fakulti aku terutama geng bilik study - nadhirah jamil dan dewi aulia. Terima kasih kepada pensyarah pensyarah yang banyak memeberi kata kata semangat dan membantu kami dalam mencapai kejayaan ini - Dr Wan Johan, Dr Faiz, Dr Yaghma and Dato' Hashim. Tak aku lupakan kepada Teacher aku yang tersayang - Elyani Khalid yang turut mendoakan kejayaan aku..

Pendek kata, terima kasihla pada semua. Tahniah kepada rakan rakanku yang berjaya mendapat viva distinction untuk subject oral pathology dan general medicine and general surgery.

Tidak dilupakan, Selamat Hari jadi diucapkan kepada Nur Nadiah Ismail. Petang selepas habis exam, kami pun pergi meraikan kejayaan kami di Pizza Hut, malamnya pula sembahyang isya' berjemaah dan yassin dijalankan atas tanda syukur kepada Allah. Malam itu juga kami menyambut hari lahir naddy..:)

Aku dah lama tak tangkap gambar, so these are some pictures during my study week and at pizza hut and surau~























































0 comments: