Sunday, July 11, 2010

.Dentist's canteen Day.

So, setelah lama aku bercuti (lama la sangat...sebulan je kot) aku pun dah masuk sem baru di pertengahan tahun ni.. Ini bermakna aku sekarang berada di tahun 4 dalm dunia dentistry ni.. Tinggal lagi 1 tahun lagi bagi aku menamatkan pengajian kat sini. InysAllah..

Baru minggu pertama start kelas, tapi rasa mcm sebulan! Macam macam benda nak kena pikir..tp yang paling stress sekali bila pikir pasal requirement..huhu..Aku rasa sangat terbeban sekarang ni.. Aku dah tak tau nak buat macam mana untuk menghabiskan semua requirement tu..

Kadang kadang aku rasa, biar la tak leh amik exam pun sebab aku dah rasa malas dengan semua ni..Tapi sumtimes aku rasa aku kena kejar semua ni sebab aku nak kena pikir mak ayah aku yang dah susah payah demi aku..Nak pikir JPA yang kena bayar balik if aku stop disini..

Bukan aku tak berusaha, tapi aku berusaha..Bila keluar je, aku carik patient..tebalkan muka mintak diorang buat rawatan..tapi kadang kadang patient tak compliance coz diorang tak paham dengan situasi kami..Diorang nak cepat..

Aku cuba nak pikul semua beban ni, tapi sesungguhnya aku tak mampu..huhu..Biar la aku citer kat sapa pun, diorang takkan dapat rasa apa yang aku rasa..aku tak kisah kalau aku kena repeat sebab aku malas baca buku, tapi aku kisah kalau aku tak bleh amik exam sebab patient tak compliance..

Seminggu punya citer macam dah berbulan2 punya citer..tapi at last hari jumaat fac aku buat jualan kat depan clinic..hari tu aku rasa macam nak buang semua beban yang ada...huhu..tapi memang susah..

Ya Allah..bantu la hambaMu yang dalam kesusahan ini. Ringankanlah beban yang aku alami sekarang ini. Berikanlah kemudahan dalam setiap pekerjaanku. Berilah ketenangan dalam jiwaku. Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah yang hanya mampu merayu pertolonganMu. Tiada tempat lain untuk aku meminta selain dariMu Ya Allah..Amin..

















































0 comments: