Wednesday, July 28, 2010

.Karnival Sihat Riang.

So, ini adalah 2nd event yang aku join after dentist's canteen day. Karnival ni sebenarnya dianjurkan oleh budak medik uitm tapi diorang menemput kami sekali. Well kesihatan bukan hanya pada anggota badan yang lain tapi turut termasuk dengan kesihatan pergigian..

Karnival ni telah dianjurkan di rumah pangsa Seksyen 20. Itu lah kali pertama aku pergi ke tempat tu. Selama aku dok shah alam 3 tahun, tak pernah pun jejak kaki kat seksyen 20.

Sambutan dari penduduk kat rumah pangsa tu amatlah menggalakkan dan booth kami adalah booth yang paling mendapat sambutan. Memang tak henti henti orang datang nak buat check up. Tapi yang paling ramai kanak kanak. Memang boleh jadi klinik peadatrik la hari tu. Macam macam kes ada, extraction, pulpotomy, pulpectomy, RCT, complete denture...

Pada pendapat aku karnival ni memang bagus!!! Selain memberi khidmat kesihatan kepada penduduk, kami dapat mempromosikan fakulti pergigian UiTM dan aktiviti ni harus dianjurkan dengan lebih menggalakkan ditempat lain pulak.

Apa yang dapat aku perhatikan, ramai je orang yang concern pasal gigi ni. Especially ibu bapa. Bila turun padang, baru boleh nampak orang yang betul betul willing nak buat treatment. Orang yang nak tahu lebih lanjut tentang gigi. Pesakit yang begitulah yang harus ada di klinik, diorang akan compliance..

Panjang citer pun tak guna, tgk je la gambar~