Sunday, December 9, 2012

| Journey to Miri | Part 1

Salam and good evening readers.

So, seperti yang dah ramai orang tau, aku telah dihantar ke Sarawak untuk memulakan tugas aku sebagai pegawai pergigian tahun pertama.

So, semua ni bermula lebih kurang seminggu sebelum kenduri kahwin abang aku kat Perlis. Time tu dok kemas2 rumah then dapat surat panggilan induksi. Nak kata excited tu, tak la excited sangat, takut pun ada jugak sebab ye la, kan dah nak start bekerja setelah agak lama meninggalkan bidang pergigian ni (lama jugak la, dalam 3 bulan) . Serabut pun ada jugak sebab nak kena kemas rumah and buat preparation untuk kenduri kahwin abang aku.

So, my induction start on 20.11.12, 3 hari selepas kenduri kahwin abang aku. So, before the kenduri, aku memang tak prepare apa apa langsung untuk induksi ni. Even lepas kenduri pun aku tak lah excited sangat nak kemas baju for induction.

So, aku bertolak dari Perlis 19.11.12 dengan abang aku and kak ipar aku. Aku tumpang diorang sebab abang aku nak hantar kak ipar aku kat Putrajaya. Dia kerja sana. Aku sampai rumah kak aku around 1 am in the morning of 20.11.12. So, tidur sekejap then dalam pukul 5/6 am, kawan aku Nadhirah sampai rumah kak aku. Dia pun tumpang tidur rumah kak aku.

Aku kena daftar for induction tu pukul 12 tgh hari, tapi kena ada kat situ half an hour earlier, so kitorang bertolak dari rumah kak aku ke Crystal Crown Hotel, Port Klang around 11 am with my cousin. We arrived, nearly 11.30 am. So, tu la baru aku jumpa balik classmates aku selepas 3 bulan. Kitorang ingatkan pukul 12 tu dah start la kursus, then tunggu punya tunggu, pukul 2 baru organizer sampai. Kitorang diberi kunci bilik and kena turun balik ke dewan pukul 3.30pm. So, aku pilih untuk sebilik dengan kawan aku, Nadhirah. Petang tu pun bermula la kursus induksi...seriously, mengantuk sebab penuh dengan ceramah ja.



Supposedly, malam pertama induksi tu kitorang dah dapat tahu kat mana tempat posting, tapi lepas dengar ura ura dari organizer yang semua tak boleh buat rayuan, diorang cakap nak umum hari jumaat, tapi tengok tengok, petang 21.11.12 tu kitorang dapat tahu dah tempat posting. Nama aku agak lambat jugak la dipanggil and orang - orang sebelum aku kebanyakkannya dapat Sabah and Sarawak, so aku pun ingat aku safe lah, then bila sampai nama aku, bukak je surat, apa yang aku nampak cuma perkataan SARAWAK! Benda lain aku tak tengok dah. Time tu aku pun tak tau nak kata apa perasaan aku, sedih ada, kecewa ada, happy pun ada. Tapi aku agak sedih jugak la sebab kawan yang sangat baik dengan aku, Nadhirah dapat Sabah. Aku ingatkan aku boleh bekerja sekali dengan dia, tapi ketetntuan Tuhan tu mungkin yang terbaik. So, aku terima dengan hati yang redha and aku pun call semua orang yang aku kena and most of them agak terkejut.


From universiti aku, cuma 6 orang dapat sarawak and 8 orang dapat Sabah. The rest semua dapat semenanjung. So, malam tu jugak kami booked flight ke Kuching untuk lapor diri. Mula mula ingat nak naik MAS, tapi tiket tak cukup and kalau ada pun, sangatlah mahal. Kami semua ni bukannya ada duit pun lagi, so kitorang pun booked AirAsia pada tarikh 26.11.12, flight pukul 7.45 pagi kalau tak silap aku. Lepas je dapat tahu tempat posting tu, mulalah tak boleh nak concentrate dengan kursus. Aku call mak aku banyak kali untuk mintak mak aku tolong kemaskan baju baju aku dalam almari, sebab aku memang dah tak sempat nak balik Perlis after induksi tu. Nasib baik la aku susun semua baju aku dalam almari tu elok elok and aku ingat sebelah mana aku letak semua baju and brand baju serta warna baju, so memudahkan kerja mak aku untuk mengemas.

Kursus induksi aku tamat pada hari jumaat, 23.11.12. Petang tu, aku balik ke rumah kak aku naik train dengan Nad. Petang jumaat tu, aku pegi Sunway Pyramid dengan kak aku and Nad. Aku shopping baju kat sana, takut tak dapat nak cari baju yang aku selalu pakai bila dah sampai Kuching nanti...huhu

Keesokkan harinya, mak and ayah aku sampai Shah Alam. Oh, terlupa nak cerita, lepas induksi, hari Ahad tu hari convocation aku. So, can you imagine how exhausted I am? All in a row, kenduri kahwin abang aku, induksi, convocation and lastly lapor diri.

On 25th November, I came back to UiTM for my convocation together with my parents and siblings. Alhamdulillah, I finally made it till the end. That was a very precious moment for me. Aku punya convocation sidang pagi, so tengah hari habis. Andddd, my very good friend, Florence Linus came straight away from Sabah. I'm so touched! Then, petang tu pulak aku ada majlis resepsi yang dianjurkan oleh fakulti aku. Disebabkan aku punya flight keesookan harinya, so aku tak rush sangat la. Tapi, kawan kawan aku yang ke Sabah, diorang punya tiket malam convocation tu. So, memang tak sempat nak prepare apa apa. Kat majlis resepsi tu, aku sempat jumpa dengan my supervisor, Dr Tan Su Keng..She's already 7 months pregnant!


Lepas je habis majlis resepsi, aku pun cepat cepat pergi hantar jubah and terus ke kedai dobi ambil baju aku yang aku hantar lepas induksi..haha..Malas nak basuh baju lepas induksi tu, terus je hantar dobi. After ambil baju, aku, kak aku, adik aku and my parents terus pergi rumah kak aku untuk ambil barang barang aku and barang kak aku. Abang aku sepatutnya ada sekali time konvo, tapi atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan kami jumpa dia kat rumah kak aku. So, that's the last moment I met my friend, Nadhirah and Hamadah. 

Malam 25.11.2012, kami sekeluarga except for adik aku stay at Barry inn kat Sepang sebab flight aku awal pagi esok. Takut tak sempat nak catch flight. So, dari situlah bermulanya kekalutan dan keserabutan aku untuk tiba dan berkhidmat di 'oil city', Miri, Sarawak which I will continue in the next post.


1 comments:

nadhirahjamil December 9, 2012 at 6:34 PM  

x sabar baca pasal kekalutan dan keserabutan ank...haha