Monday, December 17, 2012

| Journey to Miri | Part 3

Good evening readers.

Now, it comes to part 3 of my journey. Aku tak tau la ada berapa part journey aku ni sebab aku ni bukan orang yang suka menulis panjang panjang in one time. I get bored sometime that make me to stop writing. So , malam ni ada mood sikit nak sambung my story ni. By the way, dah lama aku tak post gambar kan? Maybe in few months tiada gambar dari DSLR aku yang akan dipostkan dalam entry because I left my camera back then in semenanjung sebab that time aku nak datang Sarawak, banyak sangat barang, so I decided to left my camera with my twin which now I regret it sebab bukan senang aku nak balik semenanjung sekarang ni. Maybe i'll buy another camera, but not DSLR la..

So, dalam last entry aku hari tu, aku lupa nak cerita what happen to my other 2 friends, Nadiah and Hazlin. Jadi, aku sambung sikit dalam entry kali ni. 

Petang isnin tu memang kitorang yang dapat Miri ni tak jadi ambil flight, tapi kawan aku yang lagi 2 orang ni ambil flight malam tu jugak sebab diorang ada tiket murah dengan MAS. Nak dekat maghrib macam tu, aku and kawan kawan aku yang dapat Miri pun nak berangkat la ke tempat penginapan malam tu, so terpaksala meninggalkan Nadiah and Hazlin tunggu flight diorang. Time tu sedih giler, sedih sebab terpaksa berpisah dengan diorang. Dah la diorang dua orang perempuan, pegi tempat yang tak penah tau apa apa pun. So, time tu mengalir lah air mata..huhu. Time tu aku rasa macam nak lari and mintak berhenti kerja and cari kerja lain. Gila tak? Rasa stress sangat time tu disebabkan kitorang kena travel banyak tempat sangat. Time tu dah rasa macam amazing race pun ada. Apa apa pun, semua tu pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Kalau aku dapat semenanjung, maybe aku tak akan experience semua benda ni. Aku takkan experience semua kesusahan yang dialami untuk datang ke Sarawak ni. Now I know why my friend, Florence jarang balik rumah. 

After kitorang say goodbye kat Nadiah and Hazlin kitorang pun check in hotel and pergi makan kat Kuching Sentral. Kitorang pergi makan kat foodcourt, tapi aku tak rasa nak makan nasi hari tu. Ye la, sebab stress sangat, aku pun tak rasa lapar. So, aku decide nak pegi makan kat Sugar Bun. Okay, orang yang tinggal kat semenanjung maybe jarang nampak or not even know about Sugar Bun. Kalau tak silap aku cuma ada satu je cawangan sugar bun kat semenanjung iaitu kat Selayang mall. Kat tempat lain tak pernah lagi aku jumpa. Disebabkan aku penah stay kat Sabah time aku kecil, so aku tau la pasal Sugar Bun ni. Aku decide nak try makan kat situ balik. The price not bad and the taste is delicious like usual. After makan, mak long hantar aku, Aiza and parents dia balik ke hotel. Kitorang nak bayar duit kat mak long, tapi dia tak nak terima. Baik sungguh mak long tu. Dia tolong kitorang dari pagi sampai la ke malam tanpa mintak sebarang balasan pun. Semoga jasa baik Mak long tu dibalas Tuhan dengan ganjaran yang lebih baik.

Keesokkan paginya, 27.11.12 aku pun bertolak dari Transit Inn ke airport dengan menaiki teksi. Flight kitorang pagi tu jam 6.45 pagi. Okay, pasal timing ni memang at first aku pun tak boleh nak adapt. Dekat Sabah and Sarawak seperti mana yang ramai orang tau, waktu maghrib sangatlah awal and Subuh apa tah lagi kan. At first tu agak terkejar kejar jugak la nak kejar time solat. Kat Sarawak, Subuh dalam pukul 5 pagi, zohor, 12.20 tgh hari, Asar dalam pukul 3.30 petang, maghrib lebih kurang pukul 6.30 and Isya' dalam pukul 7.30. So, flight aku pagi tu jam 6.45 pagi tak la gelap pun. Dah cerah pun sebab kan Subuh awal. Flight aku ke Miri kali ni adalah MAS. Tapi bukan la flight boieng tu, cuma fokker. Fokker tu flight kecik yang boleh masuk dalam berapa puluh orang je. Ye la, Miri tu bukan la ramai sangat orang nak pergi kan. Agak happy pagi tu sebab dapat naik MAS, tapi stewardess dia tak best sangar hari tu sebab tak pakai baju kebaya. haha..But, other than that aku puas hati la naik MAS. even naik Fokker, seat dia lagi besar and selesa dari AirAsia, dapat makan siap and kalau luggage terlebih berat, cuma tambah RM 10 setiap kilogram yang lebih (Kalau korang pegi Miri, every kilogram yang lebih cuma kena bayar RM 5 per kg). Ini sangatlah berbeza dengan AirAsia. Kalau AirAsia, beg korang lebih 1kg dari yang korang dah prebook, korang kena tambah around RM 30 for every kilogram yang lebih. Tengok la macam mana AirAsia telan duit korang.


Flight ke Miri cuma memakan masa sejam je. Before sampai Miri, dia stop kat Bintulu dulu. So, kitorang sampai sana dalam pukul berapa pun aku tak ingat. from airport kitorang amik teksi ke hotel yang paling dekat dengan Poliklinik Miri tempat yang kitorang perlu lapor diri. Hotel tu agak scary la. Chinese punya hotel, tapi aku cakap, luas giler bilik dia. Aku amik bilik single, RM 70/night tapi besar bilik tu macam family room kat hotel hotel mahal. toilet besar, ada tv, almari, katil queen bed, siap ada ruang meja solek lagi, memang luas la. Tak penah lagi aku jumpa hotel semurah tu dapat bilik sebesar tu. Aku tak tau la kalau orang tu salah bagi aku bilik. haha...Once again, aku stay sorang kat dalam bilik hotel yang gedabak besar tu. Kawan aku, Aiza stay dengan parents dia and guess what bilik aku lagi besar dari bilik kawan aku yang mahal 10 ringgit dari bilik aku. Time aku nak bayar duit hotel tu, aku bercadang nak guna debit card aku. Aku ada dua card bank, satu bank Islam and satu lagi CIMB bank. Tapi banyak duit ada dalam CIMB sebab senang internet banking dengan CIMB. Aku punya Bank Islam internet banking ada problem yang aku pun tak settlekan lagi sampai sekarang. Time aku nak bayar tu, aku pun bukak wallet aku, carik punya cari, tak jumpa. Time tu gelabah giler aku. Dah la semua duit aku dalam CIMB, yang ada kat tangan cuma RM 500. I'm like Shit! were did I put my card. Then, aku baru teringat aku tertinggal dekat printer my twin last time aku tengah photostat card bank. Bila aku call kak aku, memang betul la aku tertinggal card aku tu kat Shah Alam. Korang boleh bayang tak macam mana aku boleh travel dari KL ke Miri dengan cuma ada duit di tangan saja. Nasib la duit kat tangan tu cukup nak beli tiket, bayar hotel and makan semua. Kalau tak, memang dah merempat la aku. Time tengah gelabah tu nasib baik la datang idea dari kawan aku untuk buat card baru. So, lega la jugak rasanya...Tapi risau tu still ada jugak la. Jadi, aku call my twin and mintak dia transfer duit dia dulu ke Bank Islam aku buat sementara waktu aku nak dapatkan balik kad CIMB aku.

After check in, kitorang bertolak dari hotel ke Klinik naik teksi. Sebenarnya dekat je, jalan kaki cuma 5 minit je.

Sampai je klinik, kitorang pun jumpa la dengan budak budak from USM and UIA. So, start dari hari tu, bermulalah kehidupan suka duka aku di Miri. Lupa nak mention, the first thing yang aku nampak as soon i arrived at the airport is Starbucks. Then bila sampai klinik, aku nampak Starbucka lagi and Parkson. So, dalam fikiran aku time tu, apa yang aku fikir, Miri not bad, I can live here. Even Perlis don't have Starbucks and Parkson, yet I can live for years.

Banyak je lagi benda yang berlaku as soon as I arrived kat Miri. Tapi, aku dah malas nak type malam ni. So, wait for next post okay! Till then, thanks for those who read my "not so interesting journey" ni.

0 comments: