Monday, December 17, 2012

| Journey to Miri | Part 3

Good evening readers.

Now, it comes to part 3 of my journey. Aku tak tau la ada berapa part journey aku ni sebab aku ni bukan orang yang suka menulis panjang panjang in one time. I get bored sometime that make me to stop writing. So , malam ni ada mood sikit nak sambung my story ni. By the way, dah lama aku tak post gambar kan? Maybe in few months tiada gambar dari DSLR aku yang akan dipostkan dalam entry because I left my camera back then in semenanjung sebab that time aku nak datang Sarawak, banyak sangat barang, so I decided to left my camera with my twin which now I regret it sebab bukan senang aku nak balik semenanjung sekarang ni. Maybe i'll buy another camera, but not DSLR la..

So, dalam last entry aku hari tu, aku lupa nak cerita what happen to my other 2 friends, Nadiah and Hazlin. Jadi, aku sambung sikit dalam entry kali ni. 

Petang isnin tu memang kitorang yang dapat Miri ni tak jadi ambil flight, tapi kawan aku yang lagi 2 orang ni ambil flight malam tu jugak sebab diorang ada tiket murah dengan MAS. Nak dekat maghrib macam tu, aku and kawan kawan aku yang dapat Miri pun nak berangkat la ke tempat penginapan malam tu, so terpaksala meninggalkan Nadiah and Hazlin tunggu flight diorang. Time tu sedih giler, sedih sebab terpaksa berpisah dengan diorang. Dah la diorang dua orang perempuan, pegi tempat yang tak penah tau apa apa pun. So, time tu mengalir lah air mata..huhu. Time tu aku rasa macam nak lari and mintak berhenti kerja and cari kerja lain. Gila tak? Rasa stress sangat time tu disebabkan kitorang kena travel banyak tempat sangat. Time tu dah rasa macam amazing race pun ada. Apa apa pun, semua tu pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Kalau aku dapat semenanjung, maybe aku tak akan experience semua benda ni. Aku takkan experience semua kesusahan yang dialami untuk datang ke Sarawak ni. Now I know why my friend, Florence jarang balik rumah. 

After kitorang say goodbye kat Nadiah and Hazlin kitorang pun check in hotel and pergi makan kat Kuching Sentral. Kitorang pergi makan kat foodcourt, tapi aku tak rasa nak makan nasi hari tu. Ye la, sebab stress sangat, aku pun tak rasa lapar. So, aku decide nak pegi makan kat Sugar Bun. Okay, orang yang tinggal kat semenanjung maybe jarang nampak or not even know about Sugar Bun. Kalau tak silap aku cuma ada satu je cawangan sugar bun kat semenanjung iaitu kat Selayang mall. Kat tempat lain tak pernah lagi aku jumpa. Disebabkan aku penah stay kat Sabah time aku kecil, so aku tau la pasal Sugar Bun ni. Aku decide nak try makan kat situ balik. The price not bad and the taste is delicious like usual. After makan, mak long hantar aku, Aiza and parents dia balik ke hotel. Kitorang nak bayar duit kat mak long, tapi dia tak nak terima. Baik sungguh mak long tu. Dia tolong kitorang dari pagi sampai la ke malam tanpa mintak sebarang balasan pun. Semoga jasa baik Mak long tu dibalas Tuhan dengan ganjaran yang lebih baik.

Keesokkan paginya, 27.11.12 aku pun bertolak dari Transit Inn ke airport dengan menaiki teksi. Flight kitorang pagi tu jam 6.45 pagi. Okay, pasal timing ni memang at first aku pun tak boleh nak adapt. Dekat Sabah and Sarawak seperti mana yang ramai orang tau, waktu maghrib sangatlah awal and Subuh apa tah lagi kan. At first tu agak terkejar kejar jugak la nak kejar time solat. Kat Sarawak, Subuh dalam pukul 5 pagi, zohor, 12.20 tgh hari, Asar dalam pukul 3.30 petang, maghrib lebih kurang pukul 6.30 and Isya' dalam pukul 7.30. So, flight aku pagi tu jam 6.45 pagi tak la gelap pun. Dah cerah pun sebab kan Subuh awal. Flight aku ke Miri kali ni adalah MAS. Tapi bukan la flight boieng tu, cuma fokker. Fokker tu flight kecik yang boleh masuk dalam berapa puluh orang je. Ye la, Miri tu bukan la ramai sangat orang nak pergi kan. Agak happy pagi tu sebab dapat naik MAS, tapi stewardess dia tak best sangar hari tu sebab tak pakai baju kebaya. haha..But, other than that aku puas hati la naik MAS. even naik Fokker, seat dia lagi besar and selesa dari AirAsia, dapat makan siap and kalau luggage terlebih berat, cuma tambah RM 10 setiap kilogram yang lebih (Kalau korang pegi Miri, every kilogram yang lebih cuma kena bayar RM 5 per kg). Ini sangatlah berbeza dengan AirAsia. Kalau AirAsia, beg korang lebih 1kg dari yang korang dah prebook, korang kena tambah around RM 30 for every kilogram yang lebih. Tengok la macam mana AirAsia telan duit korang.


Flight ke Miri cuma memakan masa sejam je. Before sampai Miri, dia stop kat Bintulu dulu. So, kitorang sampai sana dalam pukul berapa pun aku tak ingat. from airport kitorang amik teksi ke hotel yang paling dekat dengan Poliklinik Miri tempat yang kitorang perlu lapor diri. Hotel tu agak scary la. Chinese punya hotel, tapi aku cakap, luas giler bilik dia. Aku amik bilik single, RM 70/night tapi besar bilik tu macam family room kat hotel hotel mahal. toilet besar, ada tv, almari, katil queen bed, siap ada ruang meja solek lagi, memang luas la. Tak penah lagi aku jumpa hotel semurah tu dapat bilik sebesar tu. Aku tak tau la kalau orang tu salah bagi aku bilik. haha...Once again, aku stay sorang kat dalam bilik hotel yang gedabak besar tu. Kawan aku, Aiza stay dengan parents dia and guess what bilik aku lagi besar dari bilik kawan aku yang mahal 10 ringgit dari bilik aku. Time aku nak bayar duit hotel tu, aku bercadang nak guna debit card aku. Aku ada dua card bank, satu bank Islam and satu lagi CIMB bank. Tapi banyak duit ada dalam CIMB sebab senang internet banking dengan CIMB. Aku punya Bank Islam internet banking ada problem yang aku pun tak settlekan lagi sampai sekarang. Time aku nak bayar tu, aku pun bukak wallet aku, carik punya cari, tak jumpa. Time tu gelabah giler aku. Dah la semua duit aku dalam CIMB, yang ada kat tangan cuma RM 500. I'm like Shit! were did I put my card. Then, aku baru teringat aku tertinggal dekat printer my twin last time aku tengah photostat card bank. Bila aku call kak aku, memang betul la aku tertinggal card aku tu kat Shah Alam. Korang boleh bayang tak macam mana aku boleh travel dari KL ke Miri dengan cuma ada duit di tangan saja. Nasib la duit kat tangan tu cukup nak beli tiket, bayar hotel and makan semua. Kalau tak, memang dah merempat la aku. Time tengah gelabah tu nasib baik la datang idea dari kawan aku untuk buat card baru. So, lega la jugak rasanya...Tapi risau tu still ada jugak la. Jadi, aku call my twin and mintak dia transfer duit dia dulu ke Bank Islam aku buat sementara waktu aku nak dapatkan balik kad CIMB aku.

After check in, kitorang bertolak dari hotel ke Klinik naik teksi. Sebenarnya dekat je, jalan kaki cuma 5 minit je.

Sampai je klinik, kitorang pun jumpa la dengan budak budak from USM and UIA. So, start dari hari tu, bermulalah kehidupan suka duka aku di Miri. Lupa nak mention, the first thing yang aku nampak as soon i arrived at the airport is Starbucks. Then bila sampai klinik, aku nampak Starbucka lagi and Parkson. So, dalam fikiran aku time tu, apa yang aku fikir, Miri not bad, I can live here. Even Perlis don't have Starbucks and Parkson, yet I can live for years.

Banyak je lagi benda yang berlaku as soon as I arrived kat Miri. Tapi, aku dah malas nak type malam ni. So, wait for next post okay! Till then, thanks for those who read my "not so interesting journey" ni.

Saturday, December 15, 2012

| Journey to Miri | Part 2

Good afternoon readers.

Sambungan dari my last entry...

So, basically our flight on 26th of November was early in the morning. At first kitorang memang nak amik flight malam ahad tu, tapi tiket mahal so, kitorang decide to take another flight early monday morning, the day that we supposed to report our duty at Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Kalau tak silap our flight depart 7.45 am. That was the first time I fly with AirAsia. Last time aku naik flight time umur aku 5/6 years old. That time mana ada lagi AirAsia, yang ada cuma MAS. That's why I prefer MAS than AirAsia because I was 'taught' only MAS is the good airline company and they have beautiful stewardess too..haha

Sebab ni kali pertama aku naik flight without my parents, so aku tak tau la sangat perturan flight ni. Kawan aku cakap, aku kena ada kat airport 2 hours earlier. I was like "What the hell I'm going to do for 2 hours, early in the morning at the airportt???". But then my father told me, aku boleh je nak datang sejam awal since I already did the online check in. So, pagi tu aku bertolak dari hotel ke LCCT lebih kurang sejam before flight, tapi my friend dah start calling and told me that I need to be at the airport asap. Aku pun bengang la, and bergegas packing barang and rushing to airport. Bila aku sampai sana, kawan aku semua dah kat counter nak check in beg. Aku straight away pegi kat kaunter and kind of marah orang counter tu. Dalam boarding pass dah tulis 45 minit before flight depature, ni nak suruh datang awal plak. Lepas dah settle beg semua, aku pun pergi la duduk kat luar with my family. Sembang sembang sekejap, then kawan aku semua dah nak masuk balai berlepas, so aku pun join. Aku salam dengan mak ayah aku and say good bye to my siblings and that was the last time I see their faces (except for my twin, sebab aku dok skype..haha).



Kat dalam balai berlepas, kena tunggu lagi. Boring betul! Lebih kurang 7.45 pagi, kitorang pun dah berada atas flight. Honestly, sempit giler seat AirAsia! and stewardess dia kind of plastic, tak der melambangkan ciri ciri malaysian sebab diorang pakai skirt and make up tebal (Aku tau aku bias, sebab stewardess MAS pun make up tebal, cuma diorang more proper kot sebab diorang pakai baju kebaya and sanggul rambut diorang). Sepanjang atas flight aku tak boleh nak tidur sangat sebab seat sempit giler, so aku sembang sembang dengan kawan aku and menikmati pemandangan atas flight. Owh, and aku bawak sekali patung zirafah ke apa tah yang kakak aku bagi time aku konvo. Semua orang stare at me because of that doll, some of the children like it a lot..haha

Around 10 ++ am, we arrived at Kuching International Airport. Macam tak percaya pun ada time tu. Tak percaya aku dah berada di Kucing and akan stay kat sarawak ni for another 2 years..huhu..Time tu agak sedih gak la memikirkan masa depan. After ambil luggage semua, kitorang pun keluar dari Airport and jumpa dengan sorang kenalan kepada kawan kitorang Aidie. Kitorang ingat dia adalah maklong Edi, rupa rupanya tak der kaitan pun dengan Edi. Tapi dia sangat baik and dia lah yang banyak membantu kitorang sepanjang kitorang berada di Kuching. Kitorang panggil dia "Mak Long". So, dia la yang bawak kitorang pergi ke JKNS tu. Kalau tak der dia, aku tak tau la berapa banyak habis nak bayar tambang teksi jer nak pergi situ.

Kitorang sampai kat JKNS tu dalam pukul 12.00 tengah hari and before kitorang sampai kitorang dapat tahu yang penempatan cuma ada di Miri and Sibu saja. So, kami berenam dah decide tak nak berpecah and nak semua orang pergi ke Miri. Sampai je kat JKNS tu, the head of department (I guess) tak der and staff kat situ cakap kitorang ni orang last datang lapor diri. So, time tu agak nervous gak la sebab takut kena berpecah. Kitorang ingatkan dapat tahu penempatan tengah hari tu jugak, tapi staff kat JKNS tu suruh kitorang datang balik pukul 2.00 petang, jadi tunggulah kitorang kat JKNS tu sampai pukul 2 petang. Smbil menunggu tu kitorang dah check flight fto Miri petang tu jugak.

After lunch and take a break, pukul 2.00 petang kitorang pergi la balik ke pejabat bahagian pergigian. We tought, pukul 2.00 tu dah settle, so boleh rush and ambil flight malam tu jugak. Tunggu punya tunggu, orang yang dinantikan tak jugak tiba. Yang settlekan bab penempatan kitorang kalau tak silap one of their kerani. Tu pun lepas tunggu sejam lebih, baru la dapat tahu kitorang dihantar ke mana.  Conclusionnya, kitorang memang tak jumpa langsung the head of department, and tak dapat apa apa penjelasan even the log book pun kitorang tak dapat. 

Time kat dalam meeting room tu cuma ada budak UiTM and one person from UIA. So, the kerani memang bagi penempatan at random and we can't even appeal because there's not enough post for us! I was so afraid I will get Sibu, but thanks God when I saw the letter, I've been chosen to work at Miri. It's a bit of relief, tapi agak sedih sebab 2 of my friends terpisah. Hazlin and Nadiah dapat Sibu. I don't know what to do, I don't want to go to Sibu either. So, I can't really do anything. I know they were Sad, but what can I do???? huhu

Actually it just take a few minutes to arrange the penempatan but see, we have to wait for more than 3 hours for that and aku agak  kecewa la sebab kitorang tak diuruskan dengan betul. I mean, why diorang tak beritahu from the start that we will get Miri or Sibu. It should be easier. We don't have to spent so much of money for travelling and staying just 1 night at Kuching for nothing! I don't mind if it is in semenanjung, but come in, this is Sarawak. To travel from one place to another place is not like travelling in Penisular okay...The state itself already as big as the whole Penisular. Tahu tak, kalau you adalah seorang cikgu, nurse or DSA yang dihantar berkhidmat ke Sabah or Sarawak, Jabatan yang berkenaan will provide ticket for you and they will arrange a place for you to stay when you reach at your place to work! See...Okay, enough with the complaints.

We went back to the Airport with Mak long and rush to book for our ticket on the same day, but then the ticket is already expensive. Just to travel from Kuching to Miri will cost about 500 bucks! I've spent nearly a thousand just to travel there you know. So, we cancelled our plan to travel on the same day and book our hotel near the airport because the next day we have to wake up early again to travel....again! It's like a never ending journey for me.

We checked in at Transit Inn, just few kilometers from the airport and stay there for 1 night. That was the first time I stay alone in hotel room.

I guess my story is too long, lambat betul nak sampai Miri kan? haha...Next post, I'll continue on my journey from Kuching to Miri.

Sunday, December 9, 2012

| Journey to Miri | Part 1

Salam and good evening readers.

So, seperti yang dah ramai orang tau, aku telah dihantar ke Sarawak untuk memulakan tugas aku sebagai pegawai pergigian tahun pertama.

So, semua ni bermula lebih kurang seminggu sebelum kenduri kahwin abang aku kat Perlis. Time tu dok kemas2 rumah then dapat surat panggilan induksi. Nak kata excited tu, tak la excited sangat, takut pun ada jugak sebab ye la, kan dah nak start bekerja setelah agak lama meninggalkan bidang pergigian ni (lama jugak la, dalam 3 bulan) . Serabut pun ada jugak sebab nak kena kemas rumah and buat preparation untuk kenduri kahwin abang aku.

So, my induction start on 20.11.12, 3 hari selepas kenduri kahwin abang aku. So, before the kenduri, aku memang tak prepare apa apa langsung untuk induksi ni. Even lepas kenduri pun aku tak lah excited sangat nak kemas baju for induction.

So, aku bertolak dari Perlis 19.11.12 dengan abang aku and kak ipar aku. Aku tumpang diorang sebab abang aku nak hantar kak ipar aku kat Putrajaya. Dia kerja sana. Aku sampai rumah kak aku around 1 am in the morning of 20.11.12. So, tidur sekejap then dalam pukul 5/6 am, kawan aku Nadhirah sampai rumah kak aku. Dia pun tumpang tidur rumah kak aku.

Aku kena daftar for induction tu pukul 12 tgh hari, tapi kena ada kat situ half an hour earlier, so kitorang bertolak dari rumah kak aku ke Crystal Crown Hotel, Port Klang around 11 am with my cousin. We arrived, nearly 11.30 am. So, tu la baru aku jumpa balik classmates aku selepas 3 bulan. Kitorang ingatkan pukul 12 tu dah start la kursus, then tunggu punya tunggu, pukul 2 baru organizer sampai. Kitorang diberi kunci bilik and kena turun balik ke dewan pukul 3.30pm. So, aku pilih untuk sebilik dengan kawan aku, Nadhirah. Petang tu pun bermula la kursus induksi...seriously, mengantuk sebab penuh dengan ceramah ja.



Supposedly, malam pertama induksi tu kitorang dah dapat tahu kat mana tempat posting, tapi lepas dengar ura ura dari organizer yang semua tak boleh buat rayuan, diorang cakap nak umum hari jumaat, tapi tengok tengok, petang 21.11.12 tu kitorang dapat tahu dah tempat posting. Nama aku agak lambat jugak la dipanggil and orang - orang sebelum aku kebanyakkannya dapat Sabah and Sarawak, so aku pun ingat aku safe lah, then bila sampai nama aku, bukak je surat, apa yang aku nampak cuma perkataan SARAWAK! Benda lain aku tak tengok dah. Time tu aku pun tak tau nak kata apa perasaan aku, sedih ada, kecewa ada, happy pun ada. Tapi aku agak sedih jugak la sebab kawan yang sangat baik dengan aku, Nadhirah dapat Sabah. Aku ingatkan aku boleh bekerja sekali dengan dia, tapi ketetntuan Tuhan tu mungkin yang terbaik. So, aku terima dengan hati yang redha and aku pun call semua orang yang aku kena and most of them agak terkejut.


From universiti aku, cuma 6 orang dapat sarawak and 8 orang dapat Sabah. The rest semua dapat semenanjung. So, malam tu jugak kami booked flight ke Kuching untuk lapor diri. Mula mula ingat nak naik MAS, tapi tiket tak cukup and kalau ada pun, sangatlah mahal. Kami semua ni bukannya ada duit pun lagi, so kitorang pun booked AirAsia pada tarikh 26.11.12, flight pukul 7.45 pagi kalau tak silap aku. Lepas je dapat tahu tempat posting tu, mulalah tak boleh nak concentrate dengan kursus. Aku call mak aku banyak kali untuk mintak mak aku tolong kemaskan baju baju aku dalam almari, sebab aku memang dah tak sempat nak balik Perlis after induksi tu. Nasib baik la aku susun semua baju aku dalam almari tu elok elok and aku ingat sebelah mana aku letak semua baju and brand baju serta warna baju, so memudahkan kerja mak aku untuk mengemas.

Kursus induksi aku tamat pada hari jumaat, 23.11.12. Petang tu, aku balik ke rumah kak aku naik train dengan Nad. Petang jumaat tu, aku pegi Sunway Pyramid dengan kak aku and Nad. Aku shopping baju kat sana, takut tak dapat nak cari baju yang aku selalu pakai bila dah sampai Kuching nanti...huhu

Keesokkan harinya, mak and ayah aku sampai Shah Alam. Oh, terlupa nak cerita, lepas induksi, hari Ahad tu hari convocation aku. So, can you imagine how exhausted I am? All in a row, kenduri kahwin abang aku, induksi, convocation and lastly lapor diri.

On 25th November, I came back to UiTM for my convocation together with my parents and siblings. Alhamdulillah, I finally made it till the end. That was a very precious moment for me. Aku punya convocation sidang pagi, so tengah hari habis. Andddd, my very good friend, Florence Linus came straight away from Sabah. I'm so touched! Then, petang tu pulak aku ada majlis resepsi yang dianjurkan oleh fakulti aku. Disebabkan aku punya flight keesookan harinya, so aku tak rush sangat la. Tapi, kawan kawan aku yang ke Sabah, diorang punya tiket malam convocation tu. So, memang tak sempat nak prepare apa apa. Kat majlis resepsi tu, aku sempat jumpa dengan my supervisor, Dr Tan Su Keng..She's already 7 months pregnant!


Lepas je habis majlis resepsi, aku pun cepat cepat pergi hantar jubah and terus ke kedai dobi ambil baju aku yang aku hantar lepas induksi..haha..Malas nak basuh baju lepas induksi tu, terus je hantar dobi. After ambil baju, aku, kak aku, adik aku and my parents terus pergi rumah kak aku untuk ambil barang barang aku and barang kak aku. Abang aku sepatutnya ada sekali time konvo, tapi atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan kami jumpa dia kat rumah kak aku. So, that's the last moment I met my friend, Nadhirah and Hamadah. 

Malam 25.11.2012, kami sekeluarga except for adik aku stay at Barry inn kat Sepang sebab flight aku awal pagi esok. Takut tak sempat nak catch flight. So, dari situlah bermulanya kekalutan dan keserabutan aku untuk tiba dan berkhidmat di 'oil city', Miri, Sarawak which I will continue in the next post.


Friday, December 7, 2012

|I have been posted....|

TO SARAWAK!!!

and to be precise, I have been posted to Miri, Sarawak for the next 1 Year. So, it's akready about 2 weeks I'm here. So far, not bad..People here are very nice but it's kind of difficult to find halal food at first, but now, I know already where to find one. My dsa here are super duper nice! And they love to eat...:-)