Monday, January 7, 2013

| Life as Dental Officer in Miri |

Good Evening readers.

Okay, today post aku akan more specific on how my life in Miri. Journey aku ke Miri dah aku ceritakan dalam tiga post aku yang sebelum ni, jadi kalau korang nak tau macam mana aku boleh sampai kat sini, boleh la tengok kat ruangan "Let's go back" or just click pada button "older post", kalau la korang interested nak baca kan..

So, hari pertama aku di Miri adalah pada tarikh 27.11.12 iaitu pada hari Selasa. Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki aku ke bumi Miri ni. Sampai je miri, aku terus tak faham bahasa dia. Di Miri, aku rasa la, bahasa yang paling banyak digunakan adalah Bahasa Melayu Sarawak and Bahasa Iban. Setelah lebih kurang sebulan aku ada kat Miri ni, aku dah boleh faham sikit sikit Bahasa Melayu Sarawak ni, tapi Bahasa Iban still susah nak faham. Majoriti orang kat Sarawak ni adalah orang Iban and kebanyakkan penduduk di Miri ni bukanlah berasal dari Miri. DSA kat tempat aku kerja sekarang ni pun tak ramai orang Miri, so sini memang banyak pendatang la. Orang semenanjung pun agak ramai jugak la especially area pejabat Shell and Pejabat Petronas.

Sampai je aku di Poliklinik Miri, kitorang pun gather together with grads from USM, UIA and sorang grad from UM. Seminggu yang pertama, kitorang ada orientasi. Ini sangatlah berbeza dengan kawan kawan aku yang kat semenanjung, diorang terus start observe, tapi kitorang kena ada orientasi dulu. Hari first tu memang kitorang tak dapat nak jumpa DDO Miri, hari khamis or jumaat baru kitorang jumpa. So, sepanjang orientasi tu, Matron yang uruskan segalanya. Time kitorang sampai, most of the staff memang tak ready apa apa untuk kitorang sebab pejabat di Kuching tak inform apa apa pun pada klinik bahagian Miri. Diorang pun tak tau kitorang kena posting apa dulu, posting kat klinik mana dulu. Mtron sampai mintak surat yang Kuching bagi untuk nak decide nak hantar kitorang ke mana. Basically untuk first year kitorang still stay kat bandar, tapi second year kena post out to district. So, ada 3 tempat yang kitorang kena rotate selama setahun di Miri iaitu di Klinik Pergigian Tudan, Poliklinik Miri and Hospital Miri.

Actually, sebelum ni kitorang wajib attach semua department, tapi disebabkan ada pelambakkan fydo (first year dental officer), attachment dikurangkan and khidmat wajib pun dah reduce to 2 years. Di semenanjung, still ada attachement perio, ortho and resto tapi di Sarawak (aku tak sure about Sabah) kitorang cuma ada attachemnt untuk pedodontic and oral surgery saja. Orthodontic pun macam nak tak nak je. So, basically agak rugi lah kitorang di sini. huhu..

After kitorang dah introduce diri masing masing kat Matron Mary, kitorang pun dibenarkan untuk keluar settlekan semua dokumen dokumen yang perlu dihantar ke kerani untuk tujuan pengesahan lantikan and pemberian gaji. So, kitorang semua pun pergi ke Bintang Mall yang ada Parkson untuk teman kawan kawan aku ambil gambar. Okay, ambil gambar passport kat sini memangla sangat mahal, ambil gambar je harga lain, nak cd harga lain, nak touch up pun kena tambah duit. Basically, sini punya life macam kat KL. Disebabkan aku nak buat kad bank baru, aku pun pegi ke satu lagi shopping mall yang terletak beberapa kilometer from Bintang. Di situ ada CIMB bank. Nak ke situ, aku and kawan aku, Ikhsan kitorang naik teksi. Tempat tu tak la jauh mana, tapi kena charge RM 15 dengan pemandu teksi. Time sampai kat CIMB tu memang la ramai orang, lama jugak aku nak kena tunggu turn nak buat card bank tu. Dalam pukul 12 tengah hari macam tu baru siap. Disebabkan dah lewat, aku and Ikhsan pun decide untuk beli makanan kat shopping mall sebelah CIMB tu. Tapi situ susah sikit nak cari food court halal, so kitorang beli Sugar Bun je. Before kitorang pegi beli Sugar Bun, kitorang decide nak ambil gambar passport and lesen kat kedai gambar dalam shopping mall tu, tapi kena tunggu 30 minit before siap. So, kitorang pun pergi la beli Sugar bun. Disebabkan dah lewat, kitorang pun terus rush keluar dari shopping mall untuk ambil teksi balik ke Poliklinik Miri and memang terlupa terus pasal gambar tu. Lama jugak la kitorang tunggu nak dapatkan teksi sebab time tu hujan, tapi time tu memang tak teringat langsung pasal gambar. Once dah naik teksi and dah nak sampai Poli, baru aku teringat pasal gambar tu..huhu.. So, aku pun bagitau la kat Ikhsan, dia pun lupa and time tu dah dalam teksi and dah nak sampai poli, so tak boleh nak buat apa apa. Nasib baik ada sorang kawan kitorang, Yazid, dia budak Miri and dia ada kereta, so petang tu aku mintak Ikhsan tolong pergi amik gambar dengan Yazid.

Sampai je Poli petang tu dah start orientasi. Orientasi dia bukan apa sangat pun, dengan lecture je. Pasal organisasi, cuti, gaji, pasal pakaian...Basically sama je macam lecture time induksi. Petang tu kitorang punya orientasi habis awal, so kitorang bercadang nak pergi survey rumah. Dengan izin Allah ada la 2 orang DSA ni tanya kat kitorang sama ada dah jumpa rumah sewa ke belum. Kitorang pun cakap la belum, then diorang beritahu ada satu rumah kat tempat diorang tinggal ada orang nak sewa and diorang offer nak bawak kitorang ke rumah tu untuk tengok dulu. Kitorang pun setuju and pergi la tengok rumah tu. Rumah tu terletak dekat are Permyjaya (pronoucation dia Permaijaya). Rumah ni memang la sangat dekat dengan Klinik Tudan tu and owner rumah tu adalah Melayu. Its' just Semi-D house, fully furnished (except tak dak tv and sofa) and boleh muat 4 buah kereta. Disebabkan sangat memerlukan rumah, kitorang pun setuju untuk menyewa dengan kadar dewa RM750 sebulan. Thank God, the owner tak der bagi contract for 3 years ke, 2 years ke... lepas bincang bincang dengan tuan rumah, kitorang pun dibenarkan masuk pada hari Khamis, so terpaksa la stay 1 more night kat hotel.

Esok paginya, ada lecture lagi and kitorang dibawa melawat ke Hospital Miri and Klinik Tudan. Klinik Tudan tu dah dikira district dalam Miri ni, tapi aku rasa tak la district sangat, 20 minit je dari bandar. Senior aku aka buddy aku time kat UiTM is one of the Dental officer kat Klinik Tudan tu. So, agak gembira la sebab ada jugak orang yang dikenali bila sampai Miri ni. Tapi, time kitorang melawat Klinik tu, Dr Nadrah still bercuti, so tak dapat la kitorang nak jumpa dengan dia. Sampai je Klinik Tudan, kitorang diperkenalkan dengan Yang Menjaga (YM) klinik tu, Dr Margaret. She's nice person, but still aku ni kalau bab bab orang atasan tak berani sangat sebab for me, everything must have barrier. Even your orang atasan baik macam mana pun, etika kerja tu perlu ada. Staff Klinik Tudan siap prepare makanan untuk kitorang lagi. Seriously, orang orang kat sini memang baik. After habis lawatan, kitorang pun dihantar balik dan dalam perjalanan balik tu kitorang pergi survey rumah untuk budak lelaki, tetapi malangnya, rumah yang diorang nak tengok tu kosong. Kipas and lampu pun belum pasang. So, budak lelaki pun tak jadi ambil.

Pada hari rabu tu jugak (28.11.2012), aku and Aiza dapat kereta sewa yang kitorang sewa untuk 1 bulan. Sriously, kerete sewa yang kitorang dapat tu sangat lah mahal. RM 750 for 1 month rental of Kancil. Tapi, disebabkan terdesak, kitorang ambil jugak kereta sewa tu and kitorang kongsi 3 orang dengan sorang budak USM. so, setiap sorang bayar RM 250. Aku bersyukur jugak la dapat kereta tu, sebab banyak memudahkan kerja and nak difikirkan rumah kitorang yang sangat jauh dari bandar Miri and kitorang sangat memerlukan transportation. So, Malam Rabu tu aku stay one more night kat hotel and malam tu aku stay 1 bilik dengan Aiza sebab mak and ayah Aiza dah balik rumah. So, dapat aku berjimat kat situ.

Keesokkan harinya, hari Khamis (29.11.2012), aku and Aiza pun check out dari hotel and simpan semua barang barang kitorang dalam kereta siap siap sebab petang tu kitorang dah nak masuk rumah. Pagi tu jugak, macam biasa ada lecture lagi and kitorang dibawa ke LHDN (untuk settle bab income tax), KWSP (sebab aku tak buat lagi KWSP) and kitorang dibawa ke Jabatan Imegresen. Ha, mesti korang pelik kan? Kenapa pulak aku kena pegi Jabatan Imegresen sedangkan aku still berada dalam Malaysia. Well, untuk pengetahuan semua penduduk semenanjung, seseorang yang datang dan asalnya dari semenanjung, untuk tinggal di Sabah atau Sarawak, korang memerlukan passport terhad. Kalau korang datang bercuti di Sabah atau Sarawak, once korang sampai di airport korang akan diberikan slip yang hanya membenarkan korang stay kat Sabah or Sarawak dalam tempoh 3 bulan sahaja. Kiranya lepas 3 bulan, korang kena balik semenanjung and then datang balik untuk dapat pas lawatan terhad selama  3 bulan tu balik.  Boleh je kalau korang tak apply passport terhad tu, tapi korang kena balik semenanjung every 3 months la. So, disebabkan aku ni bukan lah yang style balik selalu and aku kan akan bekerja selama 1 tahun di Miri, so aku kena la buat passport terhad tu. Passport tu harga dia RM 10 je and boleh pakai untuk 5 tahun. Tapi, kalau korang dah ada passport antarabangsa, aku rasa tak perlu buat passport baru dah. (Tapi aku pun tak sure, kena confirm balik dengan pihak Imegresen).

Lepas dah settle semua benda benda tu, kitorang pun balik ke Poli and dengan ceramah untuk sesi petang pulak. And petang tu kitorang dapat tahu kitorang ditempatkan di mana. Actually Matron Mary sangat baik, diorang bagi kitorang sendiri pilih nak attach kat mana dulu, so after bincang bincang, aku pun pilih untuk attach kat Klinik Tudan tu dulu sebab dekat dengan rumah. After 5, kitorang pun terus packing and follow kereta 2 orang DSA yang tolong kitorang cari rumah. Dalam maghrib macam tu, baru kitorang sampai kat rumah. Sebenarnya bukan jauh pun, cuma time pukul 5 tu orang nak balik so, jammed la sket and perlu diingatkan Maghrib kat Sarawak ni pukul 6.30 +/-, so memang for sure kena sembahyang asar kat klinik or dalam perjalanan balik sebab memang tak sempat. Lupa nak mention, kat Poliklinik Miri tu TIADA SURAU. So, kalau nak sembahyang tu kena jalan pergi Bintang Mall sebab dekat situ je ada surau (setahu aku la, tak habis explore lagi area tu).

Sampai je rumah, kitorang just letak barang je and then pergi tumpang solat kat rumah DSA yang tolong kitorang tu. Diorang siap masak untuk kitorang. Time tu la aku makan rasa ada selera sket sebab diorang orang semenanjung. Sorang orang Pahang and sorang orang Jitra. After dah habis makan semua, kitorang pun balik rumah and kemas satu rumah. At first, kitorang ingat nak kemas bilik je sebab ye la, malam tu kan nak tidur, tapi at last, 1 rumah kitorang kemas. Malam tu memang letih gila and tidur tak ingat apa dah. Tapi , nasib baik la bangun jugak keesokkan paginya.

Hari Jumaat tu merupakan hari last kitorang punya orientasi kat Poliklinik Miri. Hari Jumaat tu, kitorang jumpa dengan kitorang punya DDO (aku pun tak ingat this abbreviation stands for what, yang aku tau DO belakang tu stands for dental officer), Dr Wan Mariam. Beliau adalah anak jati Terengganu yang telah menetap selama 22 tahun di Miri, sebab dia kahwin dengan orang Miri. Pagi Jumaat tu pun sama je, dengar ceramah macam biasa and petang tu kitorang diwajibkan menghadiri seminar for CPD kat Hospital Miri. Kalau ada CPD, selalunya kitorang balik awal sebab selalunya CPD tu sekejap je, and kalau hari Jumaat, petang tu memang tak der klinik or patient, ianya dikhaskan untuk CPD jer. Okay, kalau kat semenanjung, waktu rehat hari Jumaat adalah dari 12.00 tengah hari sampai 3 petang, tapi kat sini, Sabah and Sarawak, waktu rehat hari Jumaat adalah dari 11.45 sampai 2.15 je. So, kurang setengah jam dari semenanjung. Ye la, kat sini waktu zohor awal, jadi waktu rehat pun awal and singkat.

Basically, tu lah kehidupan aku sepanjang seminggu di Miri, Sarawak. Nak tau macam mana kerja kat Klinik Tudan, kena la tunggu post seterusnya. Tapi mungkin bukan selepas post ni sebab aku nak citer pengalaman aku melancong ke Sabah pulak!

Happy reading!. Bye.

0 comments: