Monday, January 7, 2013

| Sabah Gateway :: In Words |

Good Evening readers!

We meet again. Haha. Okay, post kali ni aku tak nak citer pasal hidup aku di Miri ni. Nanti lah post post seterusnya, aku citer la apa lagi yang terjadi kat aku sepanjang aku menetap di Miri ni. Masuk minggu ni, dah sebulan lebih aku tinggal di Miri. So far, aku rasa Miri ni okay la...kalau nak dibandingkan dengan Sabah. What makes me said that? Korang kena baca post aku ni sampai habis, sebab post kali ni, aku nak citer pasal vacation aku selama 6 hari di negeri Sabah! (Aku memang excited kalau bab Sabah ni)

Gambar aku akan post dalan next post, InsyaAllah.

Nak dijadikan cerita macam mana aku boleh decide nak pergi Sabah time time tak dak gaji ni adalah disebabkan aku perlu menghabiskan cuti aku selama 3 hari. Disebabkan aku belum disahkan jawatan, so aku tak boleh carry forward cuti aku. Jadi terpaksa la aku habiskan cuti aku selama 3 hari dalam tahun 2012. Kalau nak diikutkan peraturan, sebenarnya aku tak boleh mohon cuti sebab aku belum bekerja selama sebulan, tapi aku pun tak tau kenapa, DDO aku suruh habiskan cuti jugak.

Aku mula lapor diri kat Klinik Tudan adalah pada 3 Disember 2012, pada hari pertama tu jugak aku mohon cuti. (memang berani mati betul, hari pertama lapor diri, hari pertama jugak mintak cuti) Tapi, nak buat macam mana, aku perlu jugak habiskan cuti and aku tak mau la cuti aku tak di approve. So, aku pun pilih la tarikh di mana aku boleh bercuti lama. Disebabkan aku tak tau apa nak buat kat Miri ni sepanjang aku bercuti, aku bercadang untuk terbang ke Sabah untuk bercuti. Niat di hati nak balik semenanjung, tapi tiket sangatlah mahal. Pergi balik from Miri to KL saja dah RM 900++. So, aku pun decide tak nak balik and aku bagitau mak aku, aku nak pergi bercuti ke Sabah. Mak aku okay jer, sebab aku dulu pernah menetap selama 2 tahun di Sabah. 

Lepas aku bincang dengan kawan baik aku kat Sabah, Nadhirah aka Nad, aku pun decide untuk ambil cuti pada tarikh 27, 28 dan 31.12.12. Sebab apa aku ambil tarikh tu? Sebab aku boleh dapat cuti direct sampai new year.  After cuti aku dah approve, aku pun nak la beli tiket. Aku dah survey tiket online and compare kan antara MAS and AirAsia (AA). So, pada tarikh yang aku nak fly to Sabah, AA memang tak der offer, so aku decide nak beli tiket MAS jer. Before ni, aku beli tiket pakai kad kredit mak kawan aku and aku tak tau boleh guna debit card. Disebabkan aku sedikit slow time tu, aku pun decide nak beli kat kaunter di airport memandangkan kawan aku pun nak beli tiket balik semenanjung. Aku memang dah aim nak beli tiket tarkih 26.12.12 jam 8.30 malam, sebab time tu tiket MAS murah, pergi balik RM 310 (okay, aku tau mahal la untuk fly from Miri to Sabah, tapi AA lagi mahal time tu and aku tak der option lain)

Sampai jer kat airport, aku pun pergi la kaunter nak beli tiket. Aku ingat lagi ada sorang stewardess kat kaunter tu. (nasib baik tak lawa) Aku pun cakap la, aku nak beli tiket pada tarikh tersebut and aku cakap nak yang paling murah sekali. Then the stewardess tu cakap yang murah tu promosi and kena beli online. Aku pun balas la, "Kalau beli kat sini tak berapa?". Then, stewardess tu reply "Kalau nak murah beli online, jangan beli kat kaunter", sambil baling kertas nombor giliran yang aku pass kat dia. Belagak gila weh, bajet bagus sangat la. Nasib baik la aku tak mengutuk depan depan time tu. Agak agak la nak cakap macam tu dengan customer. Tak boleh ke nak cakap elok elok. Time tu aku rasa nak penumbuk je muka stewardess tu. So, pada hari itu, aku agak kecewa dengan perkhidmatan kaunter MAS Wings di Miri.

Disebabkan tiket mahal, aku pun balik rumah and beli online, guna credit card mak aku. (tapi aku bank in balik duit aku la) Senang citer, tak payah gaduh dengan stewardess yang tak tau adab berniaga. Bengong! Sampai sekarang aku rasa sakit hati dengan stewardess tu.

Pada hari rabu, 26.12.12, aku pun bersiap siap la packing after balik dari kerja. Aku ingat nak direct je dari Klinik ke airport, tapi macam terlalu awal, so aku balik rumah, mandi and kemas barang. disebabkan aku dah check in, so aku bercadang nak datang sejam awal. Pagi tu time kat klinik, pihak MAS telah menghantar email bagitau kata flight aku delay 8.45pm. Aku okay je la sebab 15 minit je delay. Tapi bila aku sampai je airport, tetiba ada sms sampai from pihak MAS bagitau kata flight aku delay 1 hour! Tension giler time tu sebab aku tengah lapar nak mampos. Tapi, nak buat macam mana, aku kena jugak la tunggu flight tu. Aku tak makan apa pun sepanjang sejam aku tunggu flight sebab aku expect, dalam flight ada makanan.

So, tepat 9.30pm aku pun naik flight MH3216, Miri - Labuan - Kota Kinabalu. Disebabkan flight yang aku naik tu transit kat Labuan, so perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam setengah. Kalau direct flight, dalam 55 minit je. Selama 1 jam setengah aku kat dalam flight tu, langsung tak der makanan. Time tu frust giler sebab tak makan dulu. Aku tersalah faham pasal makanan masa aku book flight. Rupa rupanya makanan tak dihidangkan dalam penerbangan aku sebab dari Miri ke Labuan lebih kurang setengah jam, and dari Labuan ke Kota Kinabalu pun lebih kurang setengah jam. Tak sempat nak buat apa pun atas flight tu. Apa yang aku dapat cuma air Milo.

Aku mendarat di Kota Kinabalu Internationational Airport around 11pm. Time tu memang dah kebulur giler but at the same time happy giler sebab after 19 tahun, aku kembali ke tempat yang aku penah tinggal dulu. It's such a memory for me. Waiting for me at the KKIA adalah Nad and senior aku Kak Cik. Diorang datang jemput aku naik kereta Myvi baru Nad. Disebabkan terlalu lapar, aku terus ajak diorang bawak aku pergi makan. Dalam perjalanan nak pergi makan, aku pun call la kawan aku yang memang orang Sabah, Florence untuk join aku makan. Time tu dah kira lewat malam jugak la sebab dah pukul 11 malam kan, and Florence pun dah muka mengantuk, tapi dia datang jugak teman aku makan. Malam tu Kak cik belanja aku makan kat tepi laut dekat dengan tugu ikan todak. Aku pun tak tau apa nama tempat tu. Tapi yang aku tau, Kak Cik memang pelanggan tetap kat situ, sebab orang kat situ dah memang kenal dia. Aku order tomyam malam tu, tapi tomayam dia tak sedap. Tomyam dia pekat macam kuah mee bandung, tak macam tomyam kat semenanjung, tapi aku bedal jugak sebab lapar gila.

Aku pun tak ingat berapa lama aku menyembang kat kedai seafood tu, tapi dalam pukul 1 pagi jugak la aku sampai kat rumah Kak Cik yang terletak di Lok Kawi. Lok Kawi ni jauh sikit dari bandar, dia dalam area Kinarut tapi tak sampai Papar lagi. Sepanjang perjalanan nak pergi rumah tu, aku melalui jalan yang ada pantai. Memang best giler. Aku memang gila pantai, so excited la bila dapat lalu sepanjang jalan yang ada pantai.

Rumah Kak Cik tu apartment, tapi tak dak lif. So, terpaksa la aku mengusung beg aku sampai tingkat 3. Nasib baik la beg aku tak berat. Sampai je rumah Kak Cik, dua orang lagi kawan aku yang stay dengan Kak Cik dah tidur. So, aku pun malas nak kacau and pergi la tidur kat bilik Kak Cik. Aku tidur malam tu lebih kurang nak pukul 2 pagi jugak la.

So, itu adalah malam pertama aku di Sabah. memang letih giler, ye la sebab terus after balik kerja pergi aiport semua. Tapi first day pun dah happy sebab jumpa my very good friends. Aku sambung cerita aku di Sabah dalam next post okay, sebab aku nak pergi iron baju and tidur!

0 comments: