Thursday, May 1, 2014

Update blog lagi tak?

Salam.

Semalam aku baru ja sampai dari Bintulu ke Shah Alam and kawan aku Diyana datang ambik aku kat KLIA then, kitorang terus pergi LCCT plak sebab nak ambik husband dia, Hanif. Last sekali aku balik ke semenanjung adalah 5 bulan lepas. Lama jugak tu. Tapi, kali ni aku balik sampai Shah Alam je sebab aku nak pergi kenduri sepupu aku. Kebetulan pulak hari ni Labour Day, so aku pun ambik cuti hari jumaat sampai la hari Ahad. Plan first day aku kat Shah Alam adalah pergi main Escape Room Game  kat ecurve dengan dua orang kawan aku ni, and kembar aku. Habis main (Kitorang kalah, susah sangat game tu...haish!), kitorang pun pergi lunch kat Ayam penyet, Padang jawa (Sapa yang stay kat Shah Alam mesti tau tempat ni). Time nak makan, kawan aku pun tanya, "ang update blog lagi tak?"....

Jadi, disebabkan persoalan tu, aku pun tergerak hati la nak bukak blog aku yang dah berhabuk ni. Seriously, banyak benda aku nak cerita, tapi mungkin cuma malas nak menaip panjang - panjang dalam blog ni. Bagi aku, untuk bercerita dalam blog ni memang perlukan dedication yang sangat tinggi. Maybe aku punya interest sekarang ni lebih kepada kerja and pada masa yang sama tak dinafikan, aku malas nak menaip panjang-panjang. 

Last post aku, aku ada gitau yang aku dah setahun kerja kat Miri, Sarawak and hari ni aku nak bagitau yang aku telah pun ditukarkan ke Bintulu, Sarawak. Bintulu ni tak la jauh dari Miri, dalam 212km saja, kalau drive 2 jam dah sampai (ni kalau pecut la, selalunya aku drive dalam 2 jam setengah baru sampai). Bintulu ni bandar kecik je tapi kos hidup sangat tinggi and tak tau kenapa rumah kat sini semua mahal. Ada orang cakap, semua ni disebabkan lambakan geng-geng petronas and Oil & gas kat sini. Maybe ada kebenarannya sebab memang kebanyakan orang semenanjung kat Bintulu ni kerja oil and gas, selain dari cikgu dan nurse.

Aku mula bekerja kat Bintulu ni pada 2 January 2014 and aku bernasib baik sebab aku dapat bekerja sekali dengan housemate aku yang kat Miri sebelum ni, so senang la sket nak mulakan hidup baru di tempat baru. Tapi, semuanya berubah sebab housemate aku ni dah kahwin and kebetulan husband dia dapat kerja di Bintulu, so dia pun mengambil keputusan untuk tinggal bersama husband dia, maka tinggallah aku keseorangan di rumah sewa baru di Bintulu. Nak dijadikan cerita bertambah sedih, rumah sewa aku kat Bintulu tu dihuni oleh pasangan yang sudah berkahwin (Housemate aku ni orang semenanjung). Aku tak tau pasal perkara ni sampai la hari aku tiba kat Bintulu and hari first day nak masuk rumah. Time tu aku tak tau apa aku nak rasa, tapi yang semestinya memang sangat-sangat sedih. 

Macam aku cakap tadi, kos sara hidup kat Bintulu memang sangat tinggi, kalau kat Miri aku and housemate aku lagi 4 orang sebelum ni dapat sewa sebuah rumah double storey semid, fully furnished dengan harga hanya RM 1000, tapi at Bintulu, rumah double storey teres kosong pun dah mencecah RM1500. Jadi, mau tak mau, aku pun terpaksa la menyewa di rumah tersebut sebab tu yang paling murah aku boleh dapat (aku sewa bilik ja, yang lain semua kongsi....satu bilik, RM450 tak termasuk bil api,air, internet). Housemate (pasangan suami isteri ni) aku ni baik ja orangnya, aku pun tak sampai hati nak marah kat diorang sebab tetiba ada laki dalam rumah tu sebab diorang pun baru kahwin and si isterinya tak bekerja, jadi kalau nak dikirakan bab kewangan aku rasa diorang lagi susah dari aku. Jadi, aku pun stay la kat rumah tu, tapi aku jarang masak and tengok tv sebab aku malas nak turun bawah even si suami most of the time duduk dalam bilik. Disebaban kawan aku yang sama dapat tempat kerja dengan aku ni dah kahwin, maka aku pun tak der la kawan kat Bintulu ni and hari sabtu ahad pun tak tau nak buat apa sebab Bintulu ni memang tak der apa-apa, so most of the time aku akan drive balik ke Miri untuk berjumpa kawan-kawan rumah lama aku kat Miri. Lebih kurang dalam 4 bulan aku selalu pergi Miri. Selalunya petang jumaat, lepas habis kerja memang aku terus pecut pergi Miri and dalam jam 7.30 malam baru la sampai Miri. Memang penat, tapi dari aku dok kat Bintulu tu tak buat apa, baik la aku pergi bersosial kat Miri...hahaha..

Ditadirkan Tuhan, kebetulan seorang lagi housemate aku yang kat Miri, dapat transfer ke Bintulu pada 22 April 2014. Atas kesempatan tu, aku pun mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah baru dan menyewa dengan kawan aku ni. Aku amik risk untuk sewa satu rumah and then sewa another 1 room dalam rumah tu kat orang lain. Sewa memang tak yah cakap la, dalam bajet yang sama even apartment 3 bilik ja. Nak tak nak, aku kena jugak pindah...so, aku pun sewa rumah tu bersama kawan aku yang baru dapat transfer ni. Time nak dapatkan rumah tu, macam-macam pulak jadi. At first, aku dah bagitau dekat broker aku nak tengok satu rumah ni, tapi disebabkan aku berada di Kuching time tu, and broker tu cakap kalau boleh mintak tengok rumah tu ASAP sebab ramai yang nak, jadi aku pun terlepas nak sewa rumah first tu sebab dah ada orang bayar deposit lebih awal dari aku. Tapi, Alhamdulillah broker tu bagi aku another rumah and aku mintak dia tunggu aku sampai aku balik Bintulu untuk tengok rumah tu. Petang Ahad aku sampai Bintulu, terus pecut dari airport yang jauh tu ke destinasi rumah baru. Broker tu dah pesn untuk sediakan duit deposit and bayar terus kalau berminat, tapi dah kelam kabut sangat, aku pun lupa. Sampai pulak rumah tu, aku dapat tau rumah tu tingkat 4 and tak ada LIF! Nak tak nak, aku ambik jugak and terus pergi bank ambil duit.

Lepas dah settle bab rumah, aku dok pikir plak macam mana aku nak bagitau housemate aku kat rumah sebelum ni yang aku na pindah rumah. Semua orang aku tanya pendapat, at last kawan aku sorang ni cakap, mau tak mau, aku kena jugak bagitau. Aku bercadang nak pindah ketika hari Good Friday iaitu hari Jumaat and aku cuma berkesempatan untuk bagitau housemate aku hari selasa. Punya la nervous time nak bagitau tu...Mula-mula aku nak bagitau si suami, tapi aku asyik tak jumpa ja, jadi aku pun bagitau kat si isteri. Alhamdulillah, diorang faham and tak der mintak bayar apa-apa or halang aku untuk berpindah. Jadi, hari  Jumaat tu pun, aku pun angkat la barang-barang aku ke rumah baru. Penat tu tak yah cakap la, dah la dengan tak breakfast, dok ulang alik angkat barang dari ground floor sampai la tingkat 4. Menyesal tak mintak tolong orang (actually ada DSA aku and staff aku nak tolong, tapi aku plak segan). 

Pada hari Jumaat tu jugak, aku bercadang untuk pergi ke Miri dengan juruteknologi pergigian aku. Kitorang dah janji untuk breakfast pada jam 10.00 pagi. Disebabkan terlalu penat, aku pun tak ingat apa dah...time turun dari rumah untuk pergi ke kereta, aku tertinggal kunci rumah dalam rumah and pintu depan dengan tingkap semua dah kunci! Yang ada dalam poket aku time tu cuma kunci kereta. beg duit, lesen, kad pengenalan and handphone semua tertinggal dalam rumah. Time tu gelabah tak yah cakap la...banyak benda aku pikir, macam mana aku nak gitau kat owner rumah terkunci, sebab no phone owner ada dalam handphone, macam mana aku nak gitau juruteknologi pergigian aku yang aku akan lambat? Macam mana aku nak bukak pintu depan tu? Macam mana aku nak mintak tolong any of my friend or staff untuk tolong bukakkan pintu tu sebab semua no phone ada dalam handphone and I was alone masa tu...It was a disaster!!

Tengah dok kelam kabut tu, cuma sorang je yang aku boleh mintak tolong, iaitu kawan aku yang tinggal dekat area rumah baru aku tu. Disebabkan tak der phone, aku pun terpaksa la berjalan pergi rumah kawan aku ni and ketuk pintu rumah dia tanpa memberi sebarang notis yang aku akan datang rumah dia pagi-pagi buta tu! Rumah kawan aku ni dekat je, sebelah blok aku ja...Dengan muka tak malunya, aku pun ketuk pintu rumah dia and nasib aku memang baik time tu sebab dia ada kat rumah. Aku pun cerita la apa yang terjadi and nak mintak husband dia tolong bukakkan pintu rumah tu. Tapi, sebelum tu, kawan aku cadangkan untuk aku call tuan rumah and tanya sama ada dia ada simpan kunci pendua. Then aku terpikir, macam mana aku nak call tuan rumah, sebab number tuan rumah ada dalam phone aku...Dengan izin Tuhan, kebetulan sebelum ni aku ada bagi number telefon broker rumah kat kawan aku ni, jadi dengan menggunakan telefon kawan aku ni, aku pun call broker tu and mintak number telefon seorang lagi broker. After dah dapat number sorang lagi ni, aku pun mintak number phone owner and akhirnya aku dapat and aku call owner untuk mintak kunci. Lepas dah settle bab kunci, aku pikir plak...macam mana aku nak gitau kat juruteknologi pergigian aku yang aku akan lambat, kawan aku tu pulak tak der number phone dia, jadi aku pun mintak kawan aku tolong call any DSA and mintak number phone dia. Call dsa, tak der yang angkat, at last kitorang bukak facebook and PM juruteknologi pergigian aku ni. Lucky me, dia online and baca mesej aku tu. Settle bab tu, aku pun drive kereta aku (without license) untuk berjumpa dengan tuan rumah untuk ambil kunci. 

Dapat je kunci, terus pergi try nak bukak pintu...tapi malangnya, penyewa sebelum ni dah tukar tombol pintu tu dan tidak memulangkan kunci kepada owner, jadi pintu rumah aku tu memang tak dapat nak bukak. Jadi, aku pun pergi la balik kat rumah kawan aku ni untuk nak bagitau berita menyedihkan tu. Disebabkan tak dapat bukak, aku, suami kawan aku and kawan aku ni pun pergi la rumah aku untuk tolong bukakkan pintu tu. Kesian kat kawan aku ni, dah la pregnant, kena panjat tingkat 4 lagi...huhu..Tapi pregnant2 pun, dia telah berjaya menggunakan kekuatan dia untuk bukakkan pintu rumah aku. Alhamdulillah. It's a relief. After dah berjaya bukak pintu tu, aku pun terus bergegas mesej juruteknologi pergigian aku and kitorang pergi breakfast sekali and then bertolak ke Miri. Tujuan aku ke Miri pada hari tu adalah untuk teman kawan aku ni yang akan berpindah ke Bintulu, sebab dia first time nak drive ke Bintulu...Disebabkan jalan kat Sarawak ni bukan macam jalan kat semenanjung, jadi aku pun bercadang untuk teman dia drive ke Bintulu keeseokkan harinya disamping untuk berjumpa dengan seorang lagi kawan aku yang akan berpindah ke Limbang pada ketika itu.

Keesokkan harinya, iaitu hari sabtu aku and kawan aku ni pun bertolak ke Bintulu dengan menggunakan dua kereta. Disebabkan aku dah biasa dengan jalan Miri-Bintulu, maka aku pun mendahului kereta dia. Pada kebiasaaanya, aku akan menggunakan jalan lama untuk ulang alik Miri-Bintulu sebab jalan baru ni agak sunyi dan tak banyak kenderaan and tak der lampu jalan. Jadi agak bahaya la untuk aku ni nak drive sorang-sorang pada setiap jumaat petang kalau aku melalui jalan baru. Tapi disebabkan pada hari tu kitorang bertolak pagi, jadi aku pun bercadang untuk melalui jalan baru. Kedua-dua jalan ni ada pros and cons. Kalau jalan lama ni lebih selamat sebab banyak kenderaan lalu (kebanykan bas Miri-Bintulu-Miri akan melalui jalan ni), tapi keburukan jalan ni adalah banyak lubang, jalang bengkang bengkok and agak jauh sket. Jalan baru pulak, macam aku mention tadi tak banyak kenderaan lalu and agak beralun (sebab ni jalan pantai), so susah nak speed laju sangat. Tapi, jalan baru tak banyak lubang and straight je and lebih dekat.

Sampai je kat Bintulu, kawan aku ni cakap la kat aku yang dia penat gila drive and dia rasa kagum gila aku boleh dok drive ulang alik ke Miri dalam masa 3 bulan lebih sebelum ni. Untuk 200km kalau kat semenanjung memang tak rasa jauh, tapi kat Sarawak ni, dengan jalan dia...seriously memang penat, tapi nak buat macam mana...terpaksa..Sesampainya kat rumah sewa, satu lagi round menangkat barang. Pada mulanya, cuma kami berdua yang menyewa rumah tu, tapi Alhamdulillah, broker rumah tu baik hati and tolong kitorang carikan seorang lagi housemate. Kitorang tak expect another housemate tu akan masuk awal, tapi atas ketentuan Allah, pada hari first day kitorang pindah tu, kitorang dapat lagi seorang housemate. Boleh dikatakan agak sukar jugak la kehidupan kat Bintulu ni, mungkin baru permulaan sebab dulu time mula-mula aku sampai kat Miri pun rasa susah jugak, tapi lama-lama semua pun seronok. Apa yang aku suka kat Bintulu ni adalah tak der jammed, klinik dekat and suasana tempat kerja yang sangat best kat sini.

Banyak benda yang berlaku dalam masa 5 bulan selepas post terakhir aku sebelum ni. and banyak tempat aku dah pergi kali ni. InsyaAllah kalau aku rajin, dalam next entry aku akan ceritakan and aku akan muatkan sedikit gambar sebab aku rasa macam dah kurang gambar je dalam blog aku ni. Well, aku pun tak tau ada lagi ker orang nak baca blog aku ni. 

Until my next post, adios.
Wassalam.

0 comments: