Friday, October 3, 2014

Journey to the Low's Peak Mount Kinabalu: Timpohon Gate to Laban Rata (Gunting Lagadan Hut)

Salam. Hai semua..

Hari ni aku sangat excited nak update blog aku sebab akhirnya, aku telah berjaya sampai ke tempat yang aku sendiri tak sangka aku akan pergi, Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Setelah hampir 6 kali aku melawat negeri Sabah, akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki aku di puncak Kinabalu. Satu pengalaman yang sangat berharga dan satu pencapaian paling hebat pernah aku buat sepanjang hidup aku.

Sebenarnya, aku ni tak der la terlampau determine nak naik Gunung Kinabalu ni, tapi aku selalu la dok tanya kawan aku ni (Nadj), "bila kita nak pi panjat gunung? pi Sabah dah 5 kali". Tak sangka, apa yang aku tanya tu akhirnya jadi kenyataan apabila pada bulan Ogos lepas, Nadj telah bertanyakan pada aku sama ada aku nak turut serta mengikut officer dari Kudat untuk mendaki Gunung Kinabalu pada tarikh 29 dan 30 September 2014. Tanpa berfikir panjang, aku pun terus cakap nak pergi, sebab pakej yang ditawarkan adalah murah dan aku malas nak tangguh pendakian ni sebab kita tak tau apa yang akan terjadi di masa depan. Dah dapat peluang macam ni, aku pun terus je grab. Turut serta dalam ekspedisi ni adalah adik bongsu aku, kembar aku dan juga 2 orang cousin aku, selebihnya adalah officer dari Kudat dan Kota Belud.

Perjalanan untuk pendakian ni boleh dikatakan dipenuhi dengan unexpected situation. Benda yang tak pernah-pernah terjadi sepanjang dok pi Sabah sebelum ni, tiba-tiba muncul di saat-saat genting ni. Sebelum ni, kalau aku pi Sabah, aku akan ambil flight MAS Wing pada petang Jumaat, tapi kali ni aku ambil flight tengah hari, transit 4 jam di Kuching dan seterusnya berlepas ke Kota Kinabalu. Nak dijadikan cerita, flight aku delay sejam di Kuching dan perjalanan dari Kuching bukanlah direct  ke Kota Kinabalu, sebaliknya transit di Sibu. Tempoh transit tu sepatutnya 20 minit, akan tetapi telah berlanjutan selama 2 jam kerana masalah teknikal pesawat. Jadi, aku tiba di Kota Kinabalu pada pukul 10 malam. Aku bernasib baik kerana aku dah plan untuk datang awal di KK sebelum pendakian. 

Jika diikutkan perancangan, aku akan bertemu dengan adik adan kembar aku di KK pada hari Jumaat malam bersama-sama dengan Nadj yang drive dari Kudat. Akan tetapi, another unexpected situation muncul. Kakak(Atiq) aku yang selama ni tak pernah-pernah missed flight tetiba terlepas flight ke KK. Bukan saja kakak aku, dengan adik(Naufal) aku sekali terlepas flight tu. Nak tak nak, terpaksa la mereka berdua membeli tiket baru pada keeseokan pagi (Sabtu, 27 September) walaupun mahal kerana memikirkan pasal pendakian Gunung Kinabalu. Alhamdulillah, pada pagi Sabtu tu, kami semua (aku, Atiq, Naufal dan Nadj) sudah berada di KK. Sementara menunggu hari untuk pendakian, kami telah pergi ke Pulau Sapi dan Pulau Mamuntik pada pagi Sabtu dan pada sebelah malamnya  kami telah pergi membeli serba sedikit kelengkapan yang tidak cukup di sebuah pasaraya terdekat.

Cuaca pada ketika itu kurang baik, hujan dan mendung sepanjang masa. Percutian ke pulau juga diiringi dengan hujan yang turun. Tapi, Alhamdulillah hujan tidaklah begitu lebat, kalau tak mungkin pendakian harus dibatalkan.

Pada malam Sabtu tu, Nadj telah membawa kami ke sebuah pasaraya yang ada menjual kelengkapan untuk pendakian Kinabalu. Nasihat aku kepada sesiapa yang berhajat untuk mendaki Gunung Kinabalu, boleh la membeli kelengkapan pendakian di Pasaraya Tongs. Dekat pasaraya ni, memang ada satu tempat yang jual almost semua kelengkapan pendakian. Harga barang-barang pun berpatutan. Disebabkan aku tak tau pasal pasaraya ni, aku pun beli la banyak barang-barang kat KL, dan agak mahal. Salah satu barang yang aku dah beli setibanya aku di KK adalah windbreaker. Akan tetapi, windbreaker yang aku beli tu adalah untuk kegunaan ketika jogging, jadi untuk menghalang angin yang sangat sejuk di atas gunung adalah tak mencukupi, jadi aku pun beli satu lagi windbreaker kat pasaraya Tongs memandangkan harganya yang agak berpatutan.


Windbreaker Jogging


Windbreaker North Face yang aku beli di Pasaraya Tongs


Trekking pole


Headlamp (Sangat penting untuk kegunaan ketika pendakian ke summit)

Aku jugak beli trekking pole, headlamp kat situ. Boleh dikatakan semua benda ada la jual kat situ, dari bagpack, long john, gloves, sehinggalah face mask.


Kat bawah ni aku senaraikan barang barang yang aku bawak semasa pendakian tersebut.

2 Bagpack. Satu bagpack bekapasiti 20L dan satu lagi waterbag. Tapi kalau anda tidak mempunyai waterbag, beg galas kecil yang biasa saja pun sudah mencukupi. Disebabkan trip aku ni cuma 2 hari 1 malam, maka kapasiti bagpack 20L sudah mencukupi. Bagpack 20L tu aku bagi kat porter dan waterbag tu aku galas sendiri.

Waterbag (Selepas aku isi barang-barang yang perlu, berat beg ni adalah 3kg)
20L Bagpack 

Dalam bagpack 20L tu aku bawak:
1. 2 helai seluar tracking
2. 1 helai baju tangan panjang, 1 helai baju tangan pendek
3. 1 helai longjohn
4. Sandal
5. Towel kecil (Aku cuma bawak tuala kecil biasa, bukan microfibre ke apa, sebab kat atas sana memang sejuk and aku tak mandi pun)
6. Underwear 
7. Stoking 2 pasang
8. Waterproof gloves
9. Powerbank
10. Coklat (Aku cuma bawak kitkat and Nestle Crunch dan bagi aku mencukupi, tapi kalau korang rasa korang cepat lapar, bawak banyak. Yang aku punya coklat, siap tak habis lagi)
11. Redbull tin yang warna biru (1 tin)
12. Phone charger
13. Neck scarf
14. Windbreaker
15. 1 helai Raincoat (Aku beli 2, satu aku letak dalam waterbag)
16. Personal toiletries
17. Tudung 1 helai


Raincoat


Waterproof glove

Dalam waterbag pulak aku bawak:
1. Air mineral 500ml (Aku jugak isi air dalam waterbag dalam lebih kurang 500ml jugak)
2. Redbull tin yang warna biru (1 tin)
3. 1 helai Raincoat
4. Woolen glove
5. Powerbank
6. Wallet
7. Ubat-ubatan (Panadol, antihistamine, altitude sickness tablet, Tiger balm, minyak Cap Kapak dan water purification tabletWater purification tablet ni untuk air yang tidak dirawat. Di setiap perhentian ada tempat untuk refill air, and kalau korang rasa tak sure nak minum, boleh la letak water purification tablet ni dalam air. Tapi, aku tak refill pun sepanjang perjalanan aku tu)
8. Kamera (aku cuma bawak kamera phone dan kamera GoPro je)
9. Coklat (Kitkat dan Nestle crunch. Nasihat aku, kalau boleh korang prepare la benda masam supaya kalau rasa nak muntah dapat makan untuk hilangkan rasa nak muntah. Gula-gula mentos atau halls adalah contoh terbaik. Aku tak bawak pun, tapi aku dapati ia sangat membantu)


Woolen glove
Kesemua barang-barang aku ni aku letak dalam beg plastic sebelum aku masukkan dalam bagpack sebab nak mengelakkan basah jika hujan.

Sehari sebelum pendakian, kami semua (termasuk 2 orang cousin aku, Ammar dan Lina) telah bertolak dari Kota Kinabalu ke Kundasang dan menginap di TM Resort Kundasang. Disebabkan Lina ni pekerja TM, maka kami dapat rate murah untuk sebuah bungalow iaitu RM 150/night.


Hari Pertama Pendakian (29th September 2014, Isnin)

Seawal 6.30 pagi kami bergerak ke Taman Kinabalu untuk pendaftaran sebelum mendaki. Dalam group aku kesemuanya ada 10 orang termasuk dengan officers dari Kudat dan Kota Belud (Kak Fatimah, Dr Karen dan Maya). Setibanya di sana, kami perlu membayar RM 3 seorang untuk tiket masuk ke Taman Kinabalu kerana dalam pakej yang kitorang ambil tidak meliputi tiket ke sana. Pakej yang kitorang ambil ni jugak tidak meliputi bayaran untuk guide, porter, transportation to Timpohon gate dan juga sijil. Pendakian hari pertama ni, aku mengenakan seluar track suit, baju jersey tangan panjang, windbreaker jogging dan kasut sukan beserta stoking. 

Sebelum bergerak ke Timpohon gate, kami telah mengasingkan beg-beg yang akan dibawa oleh porter untuk ditimbang. Bayaran untuk setiap kilogram beg adalah RM 8. Beg aku seberat 5kg, maka jumlah yang perlu aku bayar adalah sebanyak RM 40 untuk beg sahaja. (Tapi, porter aku amik tips lebih sikit, maybe sebab kitorang lambat. Tapi aku tak kisah pun sebab diorang yang tolong aku kat atas time mendaki). Kesemua bayaran tu dibuat apabila sudah selesai mendaki dan turun semula di Taman Kinabalu pada keeseokkan hari. Untuk group aku ni, kitorang punya guide juga merupakan kitorang punya porter. Maksundnya, diorang yang guide kitorang dan diorang jugak yang angkat barang. Kitorang mempunyai dua orang guide iaitu Encik Abdul dan Encik Ivnur. Jumlah beg yang perlu diangkat oleh kitorang punya guide kalau tak silap aku 8 biji beg dan setiap satu beg dalam range berat 5kg hingga 8kg.

Setelah selesai menimbang beg dan berkenalan dengan kitorang punya guide, kami diberi tag nama yang mempunyai kod bagi mengenalpasti setiap pendaki. Setiap pendaki wajib memakai tag tersebut, untuk keselamatan masing-masing. Kami dibekalkan dengan roti sandwich berintikan cheese dan kepingan ayam, sebiji epal dan satu botol air mineral (500ml). Cuma ini saja makanan yang dibekalkan untuk pendakian menuju ke Laban Rata. Jadi, preparelah makanan korang sendiri jika korang rasa korang cepat lapar. Setelah selesai semuanya, kami pun bertolak dari headquaters Taman Kinabalu ke Timpohon gate dengnan menaiki kenderaan yang telah disediakan (kenderaan ini pun perlu dibayar).




Tag nama bagi mengenalpasti setiap pendaki



Bergambar di Timpohon Gate sebelum memulakan pendakian
Setibanya di Timphon gate, kami diberi taklimat sebelum memulakan pendakian. Lebih kurang dalam jam 8.45 pagi kami memulakan pendakian ke Laban Rata. Sebelum mendaki, semua peserta mesti menunjuk tag nama yang diberikan kepada pengawal bertugas di Timpohon gate bagi mengenalpasti pendaki yang akan memulakan perjalanan. Di Timpohon gate ada disediakan trekking pole yang boleh disewa dengan harga RM 10 (Jika banyak orang yang nak menyewa, berkemungkinan trekking pole tu habis, jadi kalau nak selamat, beli la siap-siap). Kalau korang nak yang lebih murah, boleh la beli tongkat kayu biasa yang dijual di sekitar Pekan Nabalu dengan harga RM 5 sebatang. Di sebabkan aku dah beli, maka aku pun guna tongkat aku sendiri (Jika korang berhasrat untuk membeli trekking pole sendiri, pastikan anda periksa panjang bukaan trekking pole tersebut, kerana ada kemungkinan salah satu bahagian hilang). Di situ jugak, ada dijual kasut adidas kampung yang sangat popular dikalangan pendaki-pendaki Kinabalu kerana keupayaan cengkaman tapaknya. Aku tak beli kasut tu sebab aku takut kaki aku melecet. Tapi kalau korang tak nak beli kasut hiking mahal-mahal, adidas kampung adalah one of the good choice. You really need that grip especially when you climb to the summit.




Kasut yang aku pakai sepanjang pendakian. Apa yang penting adalah tapak yang mempunyai cengkaman yang kuat

Track sepanjang Timphon trail ni kebanyakannya adalah berbatu dan bertangga. Jadi memang banyak naik tangga je sepanjang laluan ni. Terdapat 2 trail untuk pendakian hingga ke Laban Rata iaitu, Timpohon dan Mesilau. Trail Mesilau adalah sejauh 6km, manakala Timphon hanya 4km.  Mesilau trail dan Timpohon trail akan bertemu menjadi satu trail  pada 2 km terakhir sebelum sampai ke Laban Rata. Kebanyakan pendaki yang pernah mendaki sebelum ni, memberitahu bahawa walaupun Mesilau agak jauh, namun pemandangannya lebih cantik dan tidak banyak tangga. Tapi disebabkan ni adalah pertama kali bagi aku, maka aku memilih yang lebih mudah dan cepat.


Track Timpohon dan Mesilau trail (Gambar ehsan Google)

Pendakian 0.5km pertama boleh dikatakan mudah dan tak banyak tangga dan ketika pendakian ini korang akan nampak Carson waterfall disebelah kiri trail. Sepanjang pendakian, aku berada di pertengahan bersama dengan seorang officer dari Kudat, Sya. Mendahului pendakian kitorang adalah Naufal, Kak Fatimah, Lina dan Ammar. Di belakang aku adalah Atiq dan Nadj dan akhir sekali adalah Dr Karen dan Maya. Sebelum aku mendaki ni, orang ada bagitau yang kita jangan tunggu orang, tapi jangan jalan sorang. Maknannya, jika korang rasa korang laju, korang pergi ke depan dulu dan jika korang kurang fit, jangan rush, take your time dan walk slowly. Cepat atau lambat tidak penting, yang penting, kita sampai ke atas dalam keadaan tidak cedera sebab keeseokan hari pendakian lebih mencabar.


Carson Fall
Sepanjang pendakian, ada disediakan pondok untuk berehat, mengisi air dan tandas. Oleh itu, jika penat, boleh la berehat di pondok-pondok yang disediakan. Di bawah aku senaraikan pondok-pondok yang terdapat di sepanjang perjalanan:

0.5km to 1.0km: Kandis Shelter


(Gambar ehsan Google)

1.0km to 1.5km: Ubah Shelter



(Gambar ehsan Google)

2.0km to 3.0km: Lowii Shelter



(Gambar ehsan Google)

3.0km to 3.5km: Mempening Shelter


(Gambar ehsan Google)

4.0km: Layang Layang Hut



(Gambar ehsan Google)

4.0km to 5.0km: Villosa Shelter



(Gambar ehsan Google)

5.0km to 5.5km: Paka Shelter



(Gambar ehsan Google)

Pondok terakhir adalah pada kilometer 5.0 ke 5.5 iaitu Paka Shelter. Selepas 5.5km adalah tempat-tempat penginapan sebelum meneruskan perjalanan ke Summit pada keesokkan harinya.


Sehingga kilometer ke-2, aku punya perjalanan maintain je and aku masih boleh menahan penat dan hanya berehat kurang dari 5 minit di setiap pondok. Sepanjang pendakian aku tu, aku tak isi air atau pergi ke toilet. Air yang aku bawak pun tak habis dan aku cuma makan sekeping sandwich dan epal yang dibekalkan dan juga coklat yang aku bawak. Selepas kilometer ke-2, mungkin kerana terlalu penat dan dah hilang fokus, aku tiba-tiba tersalah pijak anak tangga dan aku pun terjatuh hingga menyebabkan luka di betis kaki kanan aku. Time tu, Sya yang telah menolong aku dan menunggu aku sehingga aku okay sebelum menyambung perjalanan. Disebabkan terjatuh tu, aku pun mula la rasa pening dan nak muntah. Jadi aku decide untuk makan ubat tahan muntah yang aku bawak bersama sama dengan aku. Alhamdulillah, lepas makan ubat tu aku punya pening pun hilang.


Porter yang sedang mendaki gunung membawa bahan mentah ke Laban Rata Restaurant
Sepanjang pendakian ke Laban Rata ni, korang akan nampak banyak porter yang membawa makanan ke Laban Rata Restaurant. Mereka ni terdiri dari orang tempatan. Terdapat porter lelaki dan juga perempuan dan umur mereka ni boleh dikatakan dah nak baya mak aku pun ada. Tapi diorang ni memang kuat, even makcik-makcik tua pun boleh angkat barang berkilo-kilo dan mengambil masa hanya beberapa jam untuk sampai dari Timphoon gate ke Laban Rata Restaurant. Mereka ni ada yang membawa bahan-bahan mentah untuk dimasak di Laban Rata seperti telur, sayur dan sebagainya. Ada jugak yang membawa tong gas naik ke atas. Disebabkan mereka sudah biasa dengan pekerjaan ni, pendakian mereka sangat laju sampaikan aku yang belum sampai kat atas dah nampak diorang ni turun balik selepas menghantar barang.


Pemandangan sekitar pendakian
Aku pun tak sure jam berapa aku sampai ke kilometer 4, tapi selepas stage ni trail semakin susah dan kebanyakannya steep road yang banyak batu. Selepas kilometer 4 ni, aku memang berehat sangat, sangat, sangat banyak. Aku jalan ada la dalam 5 langkah, then berehat. Seriously sangat penat. Aku rasa, kepenatan tu juga disebabkan increase in altitude dan oksigen pun semakin berkurang. Ketika dalam pendakian, aku bertemu dengan seorang pendaki yang memang tiap-tiap minggu naik gunung Kinabalu. Dia ajar aku supaya tarik nafas sedalam-dalamnya menggunakan hidung dan lepaskan pakai mulut. Sepanjang perjalanan tu jugak aku dan Sya diiringi oleh geng-geng dari Penjara Sandakan yang juga turut serta dalam pendakian Gunung Kinabalu. Mereka ni la yang dok banyak bagi semangat kat aku dan Sya. Boleh dikatakan sepanjang pendakian aku tu, dalam kepala ni dok fikir "apa la aku buat ni?".


Pemandangan sekitar pendakian

Laban Rata rest house and restaurant terletak pada KM 6. Selepas KM 5.5, aku sangat penat ditambah dengan hujan yang turun maka aku pun bercadang untuk berehat di salah sebuah tempat penginapan yang ada di situ iaitu, Waras Hut. Pada hari pendakian kitorang ni, cuaca mendung sepanjang masa dan hujan renyai-renyai. Ketika tiba di Waras Hut, aku bagitau Sya supaya kami berdua berehat lebih lama di situ sebab pada masa tu, angin sangat kuat menyebabkan percikan air hujan sangat kuat dan cuaca sangat sejuk. Ketika di situ, aku memang sangat mengantuk disebabkan ubat tahan muntah yang aku ambil di awal pendakian aku. Jadi, aku pun tidur lah disitu kerana dalam fikiran aku, Laban Rata masih jauh dan aku tak mau kasut aku basah sebab aku memang hanya bawak satu kasut untuk pendakian tu dan sekiranya basah, maka akan sejuk lah kaki aku bila mendaki ke Summit nanti.


Waras Hut (Gambar ehsan Google)
Selepas hampir setengah jam aku tidur di Waras Hut, aku dan Sya pun menyambung pendakian dan aku tak sangka, rupa-rupanya Waras Hut tu cuma berapa meter je dari Laban Rata. Sampai je di Laban Rata, aku pun bertemu dengan Naufal, Lina dan Ammar di Restoran Laban Rata.  Aku tiba di situ pada jam 3.30 petang. Aku ingatkan tempat penginapan aku di sekitar restoran tu je, tapi rupanya aku perlu mendaki lagi 100 meter untuk sampai ke tampat penginapan aku iaitu Gunting Lagadan Hut. Di sekitar Laban Rata, cuma Laban Rata Resthouse sahaja yang mempunyai heater dan water heater.  Tempat penginapan lain tidak mempunyai heater ataupun water heater termasuklah Gunting Lagadan Hut. 


Laban Rata Resthouse and Restaurant (Gambar ehsan Google)
Laban Rata Restaurant (Gambar ehsan Google)


Gunting Lagadan Hut (Gambar ehsan Google)
Disebabkan makan malam cuma akan dihidangkan pada jam 4.30 petang, maka aku pun bercadang untuk naik ke tempat penginapan aku. Oleh kerana tiada heater di situ, tempat bermalam aku memang sangat sejuk. Bilik yang disediakan di sini adalah Dorm with sharing basis. Group kitorang telah menyewa dua dorm yang satunya boleh memuatkan 8 orang dan satu lagi 4 orang. Aku memilih untuk tidur di bilik yang mempunyai 4 katil double decker berkongsi dengan Sya, Nadj, Lina, Ammar, Kak Fatimah, Sya dan Atiq. Bilik yang satu lagi dihuni oleh Dr Karen dan Maya, berkongsi bersama pasangan dari Korea.

Ketika aku sampai di tempat penginapan, Nad, Atiq, Dr Karen dan Maya masih belum tiba. Tapi beberapa jam selepas itu, mereka berempat selamat tiba di Laban Rata Restaurant. Semua pendaki mesti tiba sebelum pukul 7 malam kerana, restoran di Laban Rata ditutup pada jam 7 malam. Semua makanan hanya dihidangkan di restoran di Laban Rata, maka untuk makan malam, kami semua harus turun semula dari Gunting Lagadan Hut ke Laban Rata. Nak, tak nak, kena turun jugak sebab kitorang perlu makan supaya ada tenaga untuk mendaki pada keesokkan hari. Dan, porter yang mengangkat beg kitorang cuma akan drop beg di Laban Rata. Kami perlu ambil beg di Laban Rata untuk dibawa naik ke Gunting Lagadan Hut.

So, dalam pukul 4 petang aku turun semula ke Laban Rata Restaurant untuk makan malam. Sebelum aku turun, aku solat jama' takhir zohor dan asar di dalam dorm. Dorm tu agak kecil dan agak sukar untuk sembahyang seperti biasa, maka aku pun solat duduk di atas katil aku. Kitorang yang perempuan ni kebanyakan tidak membawa telekung kerana pakaian yang kitorang pakai dapat dibawa untuk solat. Time ambil air sembahyang tu, Tuhan je tau betapa sejuknya air kat atas tu, even kalau pijak lantai kayu yang tak pakai selipar pun sangat sejuk.

Makanan yang disesdiakan di Restoran Laban Rata adalah makanan berat sebab ye lah, nak bagi tenaga kan. Tapi, maybe sebab cuak jugak, aku tak makan banyak mana pun. Kami semua stay dekat restoran tu agak lama sebab dekat restoran tu panas kalau nak dibandingkan dengan tempat penginapan kitorang. Sebelum maghrib, kitorang pun berangkat balik ke tempat penginapan. Sebelum balik, kitorang tapau makanan untuk supper sebelum pendakian ke Summit. Pendakian ke summit adalah pada pukul 2.30 pagi keeseokkan harinya dan sebelum pendakian tu akan dihidangkan makanan di restoran, tapi disebabkan kami semua terlampau penat dan malas nak turun balik ke Laban Rata, maka kami pun tapau la makanan tu untuk dimakan keeseokkan paginya.

Jadi, begitulah ceritanya selama satu hari pendakian aku ke Laban Rata. Nasihat aku kepada yang akan mendaki, kekuatan fizikal tu memang penting tapi, kekuatan mental lebih penting. Kalau korang ada walkman atau radio boleh la pakai ketika sedang mendaki. Team spirit jugak sangat penting aku rasa dalam pendakian ni. Aku sangat berbangga dengan team aku!

Bersambung nanti...



1 comments:

Cheq Eem October 6, 2014 at 11:32 PM  

bestnya.... nanti sambung lagi yea... bila baca tak sabar pulak nak pergi... lambatnya nak tunggu bulan 4 tahun depan... ekekek....