Monday, October 6, 2014

Journey to the Low's Peak Mount Kinabalu: Laban Rata (Gunting Lagadan Hut) to Low's Peak

Salam. Hai semua.

Hari ni aku nak sambung cerita aku mengenai pendakian aku selama 2 hari 1 malam di gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu. Dalam post aku yang sebelum ni aku dah ceritakan kisah penat lelah macam mana aku boleh sampai ke Laban Rata. Kalau belum baca, boleh klik link kat bawah ni dulu before korang baca post aku yang terbaru ni. 

Journey to the Low's Peak Mount Kinabalu: Timpohon Gate to Laban Rata (Gunting Lagadan Hut)

Pemandangan sekitar Gunting Lagadan Hut
Di Gunting Lagadan Hut, kitorang telah menyewa 2 dorm yang mana satunya boleh memuatkan 8 orang dan satu lagi boleh memuatkan 4 orang. Oleh sebab dalam group kitorang ada 10 orang, maka kami pun decide untuk divide setiap orang ke dalam setiap dorm dan memandangkan dalam group kitorang ada lelaki, kitorang decide untuk beri bilik yang 4 orang kepada Karen, Kak Fatimah, Maya dan Sya, manakala yang bilik lagi satu untuk aku, Atiq, Nadj, Naufal, Ammar dan Lina. Pada mulanya kami ingat, memang dua dua bilik tu adalah kitorang punya, tetapi rupa rupanya tak. Bilik yang boleh memuatkan 4 orang tu rupanya perlu dikongsi bersama satu pasangan korea. Kiranya, 2 orang dari bilik yang 4 orang tu kena berpindah ke dorm yang boleh memuatkan 8 orang. Kak Fatimah dan Sya telak mengambil keputusan untuk pindah ke bilik kitorang, meninggalkan Karen dan Maya di bilik satu lagi. Akan tetapi pasangan korea ini agak tidak berpuas hati dan menganggap bahawa bilik itu disewa hanya untuk mereka berdua. Sebenarnya, semua bilik kat situ memang sharing, so korang kena la terima seadanya, lagipun bukannya korang nak stay berhari hari pun kat situ. Aku pun tak sure apa yang terjadi selepas tu di bilik yang satu lagi.

Pemandangan di dalam Gunting Lagadan Hut
Sesampainya aku di Gunting Lagadan Hut, aku pun terus tukar baju sebab aku nak solat. Seperti yang aku mention sebelum ni, Gunting Lagadan Hut tu memang tak der heater dan tiada water heater. Kalau tak silap aku, suhu pada hari tersebut lebih kurang 20 darjah celcius.  Kerana sangat sejuk, aku tak mandi pun, aku cuma tukar baju untuk dipakai untuk pendakian pada keeseokkan harinya. Korang tak payah la bawak baju asing untuk dijadikan baju tidur sebab kalau korang nak tidur pun sekejap je and kalau bawak banyak baju, hanya memberatkan beg korang. Korang pakai je baju untuk mendaki keesokkan pagi tu sebagai baju tidur korang. Trust me, time tu tak der orang kisah pun korang dah mandi ke, pakai baju apa ke... So, jangan menyusahkan diri korang dengan membawa banyak barang.

Dorm yang boleh memuatkan 4 orang pendaki (Gambar ehsan Google)
Dapur di Gunting Lagadan Hut ((Gambar ehsan Google)
Petang tu aku mengenakan seluar trekking, long john, baju jersey tangan pendek, windbreaker jogging dan windbreaker northface. Total baju yang aku pakai adalah 4 helai dan seriously, itupun masih sejuk! Aku just amik air sembahyang dan selepas selesai solat maghrib dan isya' kitorang pun bercadang untuk tidur. Semasa tidur, aku pakai stoking, selimut tapi masih sejukkkkkk, kalau gerak sikit je badan, memang rasa kesejukannya sampai tulang. Bagi memudahkan untuk tidur, aku makan ubat tahan muntah dan panadol (nak mengelakkan demam pada keeseokkan pagi). Aku ingatkan aku dapat tidur, tapi cuma tidur tidur ayam je. Lina pun tak dapat tidur sebab aku dok dengar dia dok menyembang dengan Ammar dan dok main phone. Malam tu memang awal kami "tidur" sebab kononnya nak bagi ada tenaga keesokkan pagi, tapi sebenarnya semua orang dalam dorm tu tak dapat tidur. Kitorang just baring dan tak cakap apa apa. Time aku tengah cuba nak tidur tu perut aku bunyi sebab lapar dan time tu jugak aku ada palpitation. Aku jugak boleh dengar Nadj pun cakap dia lapar. Conclusionnya, semua orang pun tak tidur tapi cuma buat buat tidur..hahaha...

Disebabkan malam tu aku sangat lapar, aku pun makan la coklat kitkat bagi menampung perut. Sangat sejuk sampaikan aku makan dalam selimut! After dh kenyang, aku ingat dapat tidur, tapi still tak dapat, maka aku pun just baring menunggu masa untuk mendaki keesokkan pagi.

Hari Kedua Pendakian (30th September 2014, Selasa)

Pendakian ke summit telah ditetapkan pada jam 2.20 pagi oleh kitorang punya tour guide. Nadj bagitau, kalau korang punya tour guide nak lengah-lengahkan waktu, jangan biarkan sebab takut nanti korang sampai lambat kat atas sana. Korang mesti sampai di Sayat-Sayat checkpoint sebelum pukul 5 pagi kerana pada ketika itu, keadaan akan agak berkabus. Sebenanrnya, timing  dia tak der la ditetapkan mesti 5 pagi, tapi mungkin cuma untuk mengelakkan perjalanan dikaburi dengan kabus yang akan menyebabkan penglihatan kurang jelas. Jadi, semakin cepat korang jalan, semakin bagus sebab korang boleh  stay lama kat atas tu. Dalam pukul 1.30 pagi, kitorang semua pun bangun untuk bersiap siap. Apabila semua orang dah bangun baru la dengar suara yang sebenarnya semua orang pun tak boleh tidur. 

Pagi tu aku cuma gosok gigi dan basuh muka dengan air kosong. Sebelum supper aku pakai dulu neck scarf dan sediakan headlamp. Untuk pendakian ke summit, sebenarnya tour guide tidak membenarkan kitorang membawa trekking pole sebab kebanyakan jalan akan menggunakan tali. Tapi disebabkan kitorang risau, kitorang bawak jugak. Pagi tu kitorang cuma makan roti dengan jem wild blueberries dan aku hanya makan sekeping ja, tu pun tak habis. Mungkin sebab aku cuak sangat sampai tak lalu makan. Roti tu Kak Fatimah yang bekalkan dari Laban Rata Restaurant pada sebeleh petang semalam. Disebabkan keadaan yang sangat sejuk kat Gunting Lagadan Hut tu, roti tu pun jadi keras, dan tak sedap. Tapi, walaupun tak sedap, korang terpaksa jugak makan sebab kalau tak nanti sepanjang pendakian akan lapar.

Dalam waterbag aku untuk pendakian kali kedua ni, aku bawak  wollen glove, trekking pole, raincoat, air mineral 500ml, coklat kitkat dan Nestle Crunch.  Untuk pendakian ke summit, aku pakai waterproof glove sebab takut hujan dan ketika pendakian ni, korang akan banyak pegang tali untuk mendaki, jadi woolen glove agak tidak sesuai. Aku bawak jugak woolen  glove tu sebab aku nak pakai bila aku nak amik gambar... hahaha... Waterproof glove aku tak boleh touch screen. Kalau korang nak beli waterproof glove, dekat Laban Rata, diorang ada jual glove yang orang dok berkebun tu. Glove tu pun agak bagus sebab dia getah dan dapat grip tali dengan baik ketika mendaki. Setelah aku mendaki ke summit aku boleh katakan yang apa yang paling penting adalah kasut dengan cengkaman yang bagus dan sarung tangan yang dapat pegang tali tanpa slip. Dua benda ni sangat penting sebab keadaan selepas Sayat-sayat checkpoint tu sangat curam.


Group Photo sebelum memulakan pendakian ke Summit

Lepas dah makan semua, dalam pukul 2.20 pagi, kami pun bertolak keluar dari tempat penginapan kami ke pintu pagar untuk permulaan pendakian ke puncak Kinabalu. Untuk sampai ke Sayat-sayat check point, perjalanan lebih kurang dalam 1 km dari Laban Rata. Disebabkan tempat tinggal kitorang ni 100 meter ke depan dari Laban Rata, maka jaraknya cuma lebih kurang 900 meter. Bagi pendaki-pendaki yang menginap di Laban Rata Resthouse, mereka perlu la mendaki dalam jarak 1 km. So, kebanyakan pendaki dari Laban Rata bergerak lebih awal dan kebanyakkan dari mereka adalah mat saleh.

Sebelum memulakan pendakian di hari kedua, Encik Abdul memberi sedikit taklimat tentang keselamatan yang perlu dititikberatkan sepanjang pendakian kerana pendakian pada hari kedua ini lebih mencabar dan track yang lebih banyak menggunakan tali. Beliau membenarkan kitorang menggunakan tongkat kitorang sehingga 750 meter pertama kerana selepas itu, pendakian perlu menggunakan tali yang disediakan. Encik Abdul jugak bagitau kat kitorang, jika hujan di Sayat-sayat checkpoint, maka pendakian perlu dihentikan dan kitorang perlu turun semula ke Laban Rata. Ini adalah kerana, apabila hujan, air akan mengalir sepertia air terjun di track menuju ke Sayat-sayat dan keadaan itu adalah berbahaya kepada pendaki (Nasihat aku, kalau korang nak naik gunung, pilih la tarikh yang tidak hujan seperti pertengahan tahun, sebab kalau hujan lebat, memang korang takkan dapat naik sampai atas dan korang punya duit tidak akan dipulangkan).

Time tu dalam kepala otak aku, dok doa supaya tak hujan sebab ni kan pendakian kali pertama aku and mestila aku nak sampai atas kan? Lagipun kitorang dah bayar beratus, takkan nak sampai Sayat-sayat je. Tapi ingat, jika hujan ikut la cakap guide korang sebab ini semua untuk keselamatan kita jugak.

Pendakian sejauh 750 meter berjalan dengan lancar bagi aku, tidak terlalu penat dan tidak terlalu lama berehat. Tapi, lepas je 750 meter, kitorang kena simpan tongkat sebab track yang mempunyai tali tak jauh lagi di depan. Sampai tahap ni, aku memang dah tak larat dan aku banyak berhenti. Tapi, alhamdulillah aku berjaya sampai di Sayat-sayat checkpoint lebih kurang selepas sejam pendakian. 


Bergambar dengan Kak Fatimah dan Naufal sebelum sampai di Sayat-sayat Checkpoint (Gambar ehsan Kak Fatimah)

Bila sampai kat checkpoint ni, kitorang kena lapor diri kat guard dengan menunjuk tag nama yang telah diberi di awal pendakian. Lepas dah lapor diri semua, aku pun duduk sambil melunjur kaki kat situ. Aku sangat penat, lapar dan kepala aku dah mula pening. Aku memang tak ambik ubat tahan muntah pagi tu sebab aku takut aku mengantuk. Disebabkan lapar, aku pun amik la coklat crunch dari beg aku untuk makan, tapi disebabkan aku pakai glove, memang susah aku nak bukan plastik coklat tu. Aku memang sedaya upaya tak mau bukak glove aku sebab sangat sejuk, jadi aku pun suruh la guard kat Sayat-sayat tu untuk bukakkan untuk aku. Lepas dah makan semua, aku pun meneruskan perjalanan.


Sayat-sayat Chekpoint ((Gambar ehsan Google)

Selepas Sayat-sayat checkpoint kebanyakan track adalah bertali. Maknanya korang perlu mendaki dengan menggunakan tali. Ketika ni la kasut dan glove  yang bagus diperlukan bagi mengelakkan korang terslip ketika mendaki. Keadaan permukaan gunung yang curam menyebabkan banyak tenaga perlu digunakan untuk mendaki terutamanya kekuatan tangan. KM 7 ke KM 8 adalah jarak yang paling jauh pernah aku rasa seumur hidup aku. Nak sampai KM 8 ja memakan masa berjam dan aku kalau boleh memang nak berehat setiap masa, jumpa je port/batu yang sesuai, aku pun duduk dan berehat. Aku ambil masa selama yang mungkin untuk berehat sebab time tu aku punya altitude sickness dah semakin teruk. Kalau boleh aku nak muntah je kat situ.

Lebih kurang beberapa ratus meter jer lagi untuk sampai di KM 8, aku punya altitude sickness semakin teruk. Apa yang aku risau adalah aku tak boleh nak balance kaki aku ketika mendaki. Jadi, lagi sekali aku duduk dan berehat di sebuah batu besar kat atas gunung tu. Disebabkan terlampau penat (seriously time tu aku memang sangat penat. Dalam kepala aku ni memang nak give up ), aku pun bersandar kat batu besar tu and cuba untuk tidur. Ye, aku memang mengantuk. Jadi aku duduk sesorang kat situ dalam keletihan dan aku memang dah tak mau panjat lagi bila sampai stage tu. Bila korang ada altitude sickness dalam fikiran korang time tu adalah untuk stop semua benda yang korang tengah buat dan rasa nak baring saja supaya rasa pening dan nak muntah tu hilang.

Lama jugak aku duduk kat situ sebab memang kalau boleh aku dah tak nak naik sampai Low's Peak tu. Tengah aku duduk sambil menundukkan kepala kat bawah, ada sorang lelaki datang kat aku dan bertanya, 

"Kamu okay ke?", 

Aku pun jawab,  "saya pening and nak muntah, saya dah tak larat nak naik atas lagi"

Rupa-rupanya lelaki tu adalah orang yang aku jumpa time mula - mula aku mendaki ke Laban Rata, yang aku mention sebelum ni dalam post aku yang dia ni boleh dikatakan tiap tiap minggu naik gunung. (Somehow, aku tak tanya pun apa nama dia)

Dia pun membalas "Awak ni dah kena altitude sickness, mana awak punya guide?"

"Guide saya masih kat belakang", Jawab aku.

Lelaki itu pun membalas kembali, "Kamu masih nak teruskan? Kalau tak mampu, saya boleh bawak kamu turun ke Sayat-sayat"

Time aku tengah berusaha dok meyakinkan otak aku yang aku tak mau turun balik, tetiba ada satu suara muncul di dalam kegelapan pagi tu. Rupa-rupanya suara tu adalah Nadj.

Nadj terkejut apabila melihat orang yang tengah duduk tertunduk tu adalah aku dan dia pun berkata,


"Eh, Afiq?!"

Aku membalas, "Aku dah tak larat, korang pergi la naik kat atas tu"

Ketika tu jugak, muncul Atiq yang jugak sedang berusaha untuk naik sampai ke atas dengan muka yang aku tengok pun macam nak give up...hahaha... Atiq pun cakap kat aku lebih kurang macam ni,

"Wei, takkan ang nak stop sikit lagi nak sampai, jalan pelan pelan...jom" (Aku pun tak ingat apa dia cakap sebenarnya..hahaha...tapi lebih kurang macam tu la ayat dia)

Atas sokongan dan dorongan dari Nadj dan Atiq, maka aku pun bangun untuk meneruskan perjalanan. Sebelum aku menyambung perjalanan, lelaki tersebut telah memberi aku gula-gula halls. Aku ni dengan pening, nak muntah semua sampai tak boleh nak bukak wraping gula-gula halls tu, jadi aku pun mintak lelaki tu tolong bukakkan. 

Aku meneruskan perjalanan aku ke Low's Peak diiringi oleh Nadj yang memimpin tangan kiri aku dan lelaki tersebut memegang satu hujung trekking pole aku dan aku memegang satu lagi hujung dengan tangan kanan aku. Sepanjang perjalanan aku dari Gunting Lagadan Hut aku memakai neck scarf bagi mengelakkan kesejukan dibahagian leher dan untuk menutup hidung serta mulut aku. Tetapi, aku dapati dengan menutup hidung dan mulut, pernafasan semakin sukar, dan aku semakin penat. Jadi aku memang tak tutup hidung dan mulut aku. Satu lagi yang aku sedar adalah, apabila aku menarik nafas menggunakan mulut dan menghembus juga menggunakan mulut, aku still rasa pening dan nak muntah, akan tetapi kalau aku menarik nafas menggunakan hidung dan melepaskannya menggunakan mulut, pening tu semakin berkurang. Jadi selepas tu, memang aku tarik nafas sedalam dalamnya menggunakan hidung dan melepaskan sekuat hati menggunakan mulut (Korang bernafas lah sekuat hati korang sebab tak dak sapa pun ambil kisah, yang penting korang okay).

Kat KM 8 ni korang boleh nampak South's Peak yang sangat popular kalau korang search pasal Gunung Kinabalu. South's Peak ni adalah peak yang ada pada duit seringgit dan pada aku tempat yang paling cantik untuk ambil gambar. Apabila aku dah sampai kat KM 8 ni, lelaki yang menolong aku tu pun beransur pergi ke depan untuk menolong geng-geng penjara yang jugak agak struggle untuk naik ke atas. Time ni, Nadj berada di belakang aku sebab dia dah agak penat. Aku masih ingat, ada sorang daripada geng penjara Sandakan ni cakap,

"Time ni dah tak der nak control macho lagi"

Hahaha...memang lawak geng penjara ni, ada sorang kawan diorang pakai seluar hujan, tapi siap terkoyak besar lagi, tapi dia dah tak peduli sebab dia pun time tu penat jugak and siap tour guide dok tolak dari belakang.


Gambar sekitar KM 8 menujuk ke Low's Peak

Gambar sekitar KM 8 menujuk ke Low's Peak

The popular South's Peak (Gambar ehsan Atiq)

Gambar sekitar KM 8 menujuk ke Low's Peak (Gambar ehsan Kak Fatimah)

Gambar sekitar KM 8 menujuk ke Low's Peak (Gambar ehsan Kak Fatimah)

Gambar sekitar KM 8 menujuk ke Low's Peak (Geng Penjara Sandakan)

Gambar sekitar KM 8 menujuk ke Low's Peak (Geng Penjara Sandakan)

Gambar sekitar KM 8 menujuk ke Low's Peak

Gambar sekitar KM 8 menujuk ke Low's Peak (Sunrise)

Sebelum aku mendaki gunung ni, apa yang aku selalu nak tau adalah macam mana untuk solat Subuh dia atas sana. Untuk solat di atas sana, korang boleh la bawak air mineral di dalam botol, ataupun isi air dalam botol spray, ataupun korang boleh ambil air di lopak-lopak air sebagai wudhu' dan itulah yang telah dilakukan oleh Nadj. Disebabkan permukaan gunung tu yang tidak rata, maka korang bolehla sembahyang secara duduk, kerana risau jika sembahyang berdiri, badan tidak stabil dan boleh menyebabkan korang jatuh. Jika korang telah mengambil air sembahyang sebelum memulakan perjalanan dan terbatal semasa perjalanan, apabila korang ingin mengambil wudhu' kali ke-2, maka korang tidak perlu membuka kasut, cuma menyapu air di atas permukaan kasut. Ini adalah jawapan yang diberikan oleh adik aku, Naufal (sebab dia ni banyak dok keluar jemaah, jadi dia la ustaz kami). Syarat untuk menyapu air di atas permukaan kasut adalah, korang mesti mengambil air sembahyang terlebih dahulu, dan jika batal maka baru lah boleh berbuat demikian.

Jadi, selepas KM 8, aku berusaha jugak untuk meneruskan perjalanan ke Low's Peak, dan akhirnya pada jam 7.30 pagi aku selamat sampai di atas sana!! Selama ni, aku ada la jugak dok tengok gambar orang yang mendaki sebelum ni, kenapa diorang dok ambik gambar kat tempat yang tak dak pemandangan cantik, rupa-rupanya itulah Low's Peak. Nama Low's Peak itu diberi sempena nama sempena seorang British Colonial Administrator and Naturalist, Sir Hugh Low who made the first documented ascent of Mount Kinabalu in 1851 (Sumber Wikipedia).  Low’s Peak juga merupakan the highest peak of Mount Kinabalu (sumber Wikipedia).


Gambar Low's Peak dari bawah (Gambar ehsan ahli dalam group)

Gambar track ke Low's Peak (Gambar ehsan Sya)

Gambar dari Low's Peak (Pendaki perempuan yang ada dalam gambar ni adalah berasal dari Ipoh, dan dia datang mendaki seorang diri ditemani oleh seorang guide. Sebelah kiri gambar adalah 2 orang guide kitorang)
Apabila sampai kat atas sana, rasa puas hati dan kepenatan semua hilang. Time tu tak dapat nak bayangkan betapa gembiranya dalam hati ni sebab dapat jugak sampai kat atas tu. Tapi, penat tu memang masih ada dan nak bukak phone untuk ambil gambar pun memang dah malas, tapi kalau tak ambik nanti tak der la plak kenangan kat atas gunung tu kan, so aku ambik la jugak sikit, lepas tu share dengan orang lain. Dalam group kitorang, yang paling awal sampai adalah Kak Fatimah, Naufal dan Maya. Diorang memang sampai time gelap tak nampak apa lagi kat atas tu. Tapi, macam aku cakap sebelum ni, cepat ke lambat ke, yang penting sampai dan yang paling seronok adalah kesemua orang dalam group aku sampai ke puncak. Tahniah semua! Aku memang respect dengan semua ahli dalam group aku sebab semua memang kuat semangat and saling support each other.

Gambar di Low's Peak (Ketika ni, Kak Fatimah dan Maya dan turun ke bawah)


Trip aku untuk kali pertama ni aku telah berjumpa dengan ramai orang yang berfikiran positif dan saling bantu membantu walaupun kami semua tak kenal pun antara satu sama lain dan aku rasa itu lah yang penting sebenarnya. InsyaAllah mungkin aku akan datang ke sini lagi suatu hari nanti (walaupun dalam kepala otak aku time mendaki ke Laban rata, rasa dah malas nak naik, tapi bila dah sampai atas, tengok kecantikan ciptaan Tuhan, aku rasa nak naik lagi, mungkin suatu hari nanti...)

Tahniah kepada semua ahli dalam group aku yang berjaya sampai ke puncak!

Sehingga post aku yang seterusnya mengenai perjalanan turun dari Low's Peak ke Timphon Gate.

1 comments:

tiga lalat November 12, 2014 at 5:11 PM  

Salam. Hee tahniah. Saya pun sudah sampai di puncak Low's Peak itu juga.