Friday, August 8, 2014

Borneo: The beautiful truth

Hai semua. Lamanya tak update blog, sehinggakan di satu tahap blog ni telah di delete. Tapi tetiba rasa nak menaip kembali and tak tau dimana harus aku suarakan apa yang terbuku di hati ni. Experience tu memang seronok untuk dikongsikan tapi aku ni jenis yang short attention span. Sometime aku eager untuk menaip, tapi bila sampai satu stage tengah syok menaip keseronokan tu hilang maka aku pun stop dan simpan la kebanyakan post aku di dalam draft folder yang mana lepas tu aku delete. Jadi aku harap post aku kali ni aku bleh bagi attention lebih sket and habiskan dengan kepuasan.

Seperti ramai yang sedia maklum (bagi follower tegar blog aku la, tapi tak tau la sekarang ni tinggal berapa kerat je follower aku since aku dah lama tak post or upload gambar) aku sekarang bekerja di Sarawak. Negeri paling besar dalam Malaysia. Kalau nak drive dari hujung ke hujung Sarawak pun memakan masa yang lebih kurang sama atau lebih seperti mana nak drive dari Perlis ke Johor. Walaupun negeri Sarawak ni sangatlah besar, tapi tak ramai orang (dalam konteks orang ni, aku refer kepada penduduk-penduduk di semenanjung Malaysia) yang sanggup dan mahu mendiami negeri besar ini. 

Tempat rekreasi di Miri, Sarawak, Borneo Tropical Rainforest
Theme Park dalam hutan yang terdapat di Borneo Tropical Rainforest


"Macam la aku ni nak menetap di Sarawak ni",

mesti ramai yang terfikir begitu bila aku menulis post ni. Ye, memang aku tak nak menetap di Sarawak ni sebab aku pun nak balik duduk kat kampung halaman aku. Siapa yang tak nak balik tempat sendiri kan? Tapi apa salahnya di kala kita masih muda ni, cari pengalaman dengan merantau dan mempelajari budaya orang lain. Tak dinafikan ramai orang tidak "terlampau" kisah atau tidak  "terlampau " sedih jika mereka ditugaskan bekerja di mana-mana negeri di semenanjung Malaysia. Tapi jika merek ditempatkan di Sabah dan Sarawak, segala persepsi berubah dan tak dinafikan ramai yang takut untuk menjejak kaki di kepulauan Borneo ni. "Takut" itu yang paling banyak aku dengar jika dikaitkan dengan Sabah dan Sarawak dan percaya atau tidak ramai jugak yang menitiskan air mata apabila dihantar bekerja di Sabah atau Sarawak.

Aktiviti berkayak di Borneo Tropical Rainforest

Luak Esplanade, Miri

Taman Buaya. Miri

Tanjung Lubang, Miri

Pantai Bungai Bekenu, Miri
"Kau boleh cakap la, kau dok Sarawak tu bukan duduk pedalaman, duduk bandar. Cuba dok pedalaman tengok".

Tanjung Batu, Bintulu
Ye, aku dok Sarawak ni memang aku duduk kat bandar, tapi bukan la bandar pesat. Cuma bandar yang baru nak membangun. Kalau aku nak compare Bintulu ni dengan Perlis, ada la beza satu dua ja. Tak dinafikan, memang aku pun risau bila pada tahun kedua aku bekerja aku akan ditempatkan di pedalaman. Tapi, bila fikir balik, tak dak lagi kawan-kawan aku yang dok pedalaman yang mati tak cukup makan ke apa, bahkan mereka lagi seronok duduk pedalaman sebab banyak elaun. Even kerja cikgu, tapi pendapatan mengalahkan pensyarah. Ye la, duduk pedalaman mana ada shopping complex nak menghabiskan duit, makan pun masak sendiri, so kat situ boleh jimat and boleh saving banyak. 

Kuching landmark
Taman Negara Bako, Kuching
Periuk Kera yang boleh dijumpai tumbuh liar di Taman Negara Bako
Muzium Kuching

Bangunan DUN, Kuching
Sarawak Cultural Village, Kuching

Aku pernah ke Kudat (satu daerah di Sabah) untuk mengunjungi tempat kawan aku dihantar posting untuk tahun kedua. Kudat ni kecik ja, kalau tengok dalam peta, kedudukannya betul-betul di penjuru peta. Kalau nak bandingkan dengan Perlis, Kudat ni lagi la kecik, restoran fast food yang ada kat situ cuma KFC. Bila sampai sana, aku rasa sedih sebab aku rasa susah nak hidup kat situ, tapi lepas aku balik and tengok kehidupan kawan aku kat situ, persepsi aku berubah. Lagi kecik tempat tu, lagi seronok untuk menjalani kehidupan dan bekerja. Kawan aku ni, lunch pun kat rumah, sebab semuanya berdekatan. Makanan yang dijual kat pasar pun murah dan jangan terkejut kalau korang jumpa ikan kerapu harga 3 ringgit seekor. Di situ aku sedar, sebenarnya kita ni bukan takutkan tempat tu kecik ke apa, kita ni cuma takut menghadapi kesusahan. Kita dapat hidup di tempat-tempat macam ni kerana basically semuanya ada cuma naluri kita yang cenderung untuk mengkehendaki sesuatu yang lebih. Tak dak McD pun kawan aku tu dapat hidup sampai sekarang, siap berat naik lagi.

Gunung Kinabalu, Pekan Nabalu Kundasang Sabah

Jika bernasib baik, dapat tengok bunga rafflesia mengembang di Ranau

Desa Dairy Farm, Kundasang

Pasar Pekan Kundasang

Pulau Manukan, Sabah


"Duit bukan segala-galanya, family lebih penting". 

Betul tu, duit bukan segala-galanya, tapi duit itu penting untuk hidup. Orang cakap, tak guna ada duit banyak, tapi tak bahagia, jauh dari keluarga dan lain-lain lagi alasan. Tapi penah tak terfikir, kebanyakan orang yang kerja kat Sabah dan Sarawak, sampai satu tahap akan balik jugak ke semenanjung. Mungkin bertahun lamanya jugak, tapi sampai bila majikan nak tahan kita dari pulang ke kampung halaman. Bagi je alasan dalam borang transfer tu, sekejap atau lama pulang jugak kita ke kampung halaman. Jadi, apa salahnya kita gunakan peluang yang ada untuk kita menyimpan duit berlebihan yang diberi kerajaan untuk merancang masa depan dengan membeli rumah dan aset di semenanjung sementara menunggu masa untuk transfer. sekurang-kurangnya, bila dah balik semenanjung kita ada something yang berharga. Di kala masih sempat untuk menyimpan ni, baik la simpan sebab langit tu tak selalunya cerah.

Tip of Borneo, Kudat

Klias River, Beufort Sabah


Kebanyakan ibu bapa nak anak-anak berada dekat dengan mereka apabila mereka sudah tua dan ramai yang mencari alasan tu untuk pulang ke semenanjung Malaysia. Tak terkeuali jugak ibu bapa aku. Tapi, mak aku pernah cakap: 

" Tak payah balik Perlis awal-awal, kerja dulu kat tempat lain sampai bosan then baru la balik kerja kat sini". 

Lebih kurang macam tu la ayat mak aku. Kita ni manusia, bila dah ada kat tempat tu mula la timbul rasa tak suka, meluat semua, tapi bila dah tinggalkan tempat tu baru lah nak rasa rindu, sedih dan baru la nak puji tentang keunikan dan keseronokan tempat tu. 

Sunset di Luak Esplanade, Miri

Lubok Tapang, Bintulu

Rumah Panjang, Uma Kulit Sungai Asap Belaga

Lubok Tapang, Bintulu


"Kau tak kahwin, boleh la cakap pandai..."

Okay, post aku ni lebih kepada mereka yang berstatus bujang ataupun yang dah berkahwin tapi laki bini dok kat Sarawak. Bagi yang dah berkahwin dan berstatus 'PJJ', aku tak boleh nak cakap apa, cuma apabila si isteri berada dia semenanjung, kenapa si suami perlu transfer ke semenanjung instead of isteri yang mengikut ke Sabah dan Sarawak? Ini satu pertanyaan dan aku mencari jawapan. Adakah kerana itulah satu-satunya tiket untuk dapat transfer ke semenanjung? Tapi, aku kagum dengan sorang kawan aku ni yang sudi untuk berpindah mengikut suaminya ke negeri di kepulauan Borneo ni. Salute untuk kawan aku yang sorang ni.

Jalan ke Nanga Tau, salah satu kawasan pedalaman di Bintulu

Lundu

Sekolah rendah di Nanga Tau

Sungai yang menjadi jalan penghubung bagi penduduk Nanga Tau ke kawasan sekeliling


Post aku ni bukanlah untuk menunding jari pada mana-mana pihak, cuma kadang-kadang aku rasa kurang senang dengan banyak sangat pertanyaan oleh orang sekeliling yang bertanyakan 

"bila nak transfer?",

"dah tak nak balik semenanjung ke?",

"tak nak transfer sebab dah berkenan dengan orang sana ke?",

"tak takut ke duduk sana?",

"hati-hati dok sana, sana lain dari semenanjung".

Kalau sekali dua tu boleh la jugak terima, ni kalau dah banyak kali rasa meluat dan sakit hati. Sehingga satu tahap aku merasakan, kenapa la semua orang ni terlampau small minded? Duduk tempat mana pun kena jaga diri, tak semestinya kat Sarawak ja. Semua tempat sama ja, tapi kenapa orang melabelkan Sarawak sebagai tempat yang menakutkan, korang penah ada experience ke? Kalau nak dibandingkan, aku rasa dok KL tu patut lagi takut dari dok Sarawak. Tapi bila kita dapat kerja kat KL, orang tak tanya pun, tak takut ke dok KL? 

Pemandangan dari War Memorial Kundasang

War Memorial Kundasang


Persepsi seperti ni tak sepatutnya ada dalam kalangan penduduk yang bergelar warganegara Malaysia. Sila tanamkan dalam minda anda dan bukak buku sejarah, hafal nama-nama negeri yang ada kat Malaysia yang tak terkecuali Sabah dan Sarawak. Apabila kita tak berada di sesuatu tempat, kita tak akan tahu macam mana situasi di tempat tu. Jadi, janganlah kita menjadi terlalu sempit minda dengan cerita-cerita yang tak berasas dari sumber yang tak boleh dipercayai. Ada sorang staff aku pernah bagitau kat aku, masa dia belajar di Penang, ada orang pernah tanya kat dia, 

"masih ada ke orang kat Sarawak yang tinggal di atas pokok?"

How small minded people can be when they do not explore that place.


Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru, Ranau

Sabah Tea, Ranau

Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre, Sandakan


Post aku ni bukanlah untuk aku membangga diri bajet dah lama sangat tinggal di Borneo ni. Tapi aku cuma nak memberi pandangan aku sebagai orang semenanjung yang berkhidmat di Borneo, khususnya di Sarawak. Banyak tempat yang dah aku pergi sepanjang hampir 2 tahun di Sarawak. Mungkin korang terpikir, 

"Ala, tak payah tinggal kat Sarawak pun boleh melancong naik kapal terbang untuk tengok tempat menarik kat Sarawak ni"

Sungguh tepat jika korang befikiran seperti tu, tapi jika kita adalah pelancong, pastinya kita akan melancong ke tempat- tempat yang famous yang banyak disiarkan di kaca tv dan juga majalah. Sebelum aku sampai kat Sarawak, aku tak tahu Sarawak juga mempunyai kawasan yang bersuhu rendah seperti Cameron Highland. Kalau korang pernah beli beras, korang mesti pernah dengar nama 'beras Bario'. Bario adalah salah satu daerah dalam Sarawak yang bersuhu rendah seperti Cameron highland. Beras Bario adalah beras bukit (kalau tak silap aku) yang sangat sedap apabila dimasak dan dipasarkan dengan harga yang tinggi. Di Bario terdapat satu tempat yang diberi nama Ba'kalalan. Aku tak pernah tau wujud tempat ni, tapi disitu diceritakan adanya pokok epal. Aku pun tak pernah sampai ke Bario ni, tapi apa yang aku nak cuba sampaikan adalah inilah contoh tempat yang kita dapat kunjungi kalau kita berada atau tinggal di Sarawak. Banyak tempat menarik kat Sarawak ni, cuma kurang dipopularkan di dada akhbar atau majalah.

Rainforest Discovery Centre, Sandakan

English Tea House, Sandakan

Agnes Keith House, Sandakan

Menara Kayangan, Lahad Datu

Jeti Pulau Bohey Dulang, Semporna

Pemandangan Pulau Bohey Dulang, dari atas


Post kali ni bukanlah nak menjatuhkan mana-mana pihak, tapi cuma untuk membuka minda semua orang dan mengubah persepsi orang tentang Borneo. Tidak perlu takut untuk berjauhan dengan keluarga, kejarlah pengalaman sebab dengan pengalaman kita menjadi dewasa.